Skip to main content
Berita TempatanSabah

Usaha 6 Tahun Tanam Sawit Bawa Kejayaan

By 6 Oktober 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto: Matfazly Mat Kasim (Sabah)

TONGOD, 6 Okt (Malaysiaktif) – Dedikasi para pekebun kecil di daerah ini yang berjaya meningkatkan hasil tanaman seterusnya keluar daripada  kepompong kemiskinan mendapat penghargaan kerajaan pusat.

Pekebun sawit Petrus Keng, 41, dari Kampung Malagatan Tongod merakamkan rasa terima kasih atas pengiktirafan kerajaan kepadanya yang berjaya mengamalkan konsep pekebun terbaik seterusnya membolehkanya dianugerahkan Amalan Pertanian Baik (GAP).

Nasrun (tiga dari kiri) menandatangai plak sebagai simbolik perasmian pusat timbang berkenaan sambil disaksikan Masiung Banah, (kanan) ADUN N47 Kuamut dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua dari kiri) Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Nasrun (tiga dari kiri) menandatangai plak sebagai simbolik perasmian pusat timbang.

Petrus yang mengusahakan tanaman sawit sejak enam tahun lalu berasa terharu atas segala bantuan yang diberikan kepadanya untuk dia terus percaya bahawa inilah permulaan segala kehidupan terhadap diri dan keluarganya.

“Selama lebih enam tahun mengusahakan sawit di tanah miliknya sendiri pasti sukar lebih-lebih lagi apabila diusahakan berseorangan tanpa modal wang ringgit, peralatan dan juga pengalaman.

Jelasnya, berkat keinginan untuk mengusahakan tanah terbiar dia diketemukan dengan agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang banyak membimbing dan membantunya mengusahakan tanah terbabit hingga menghasilkan pendapatan lumayan bukan sahaja kepada dirinya sekeluarga malah kepada kerajaan khasnya.

“Sepanjang enam tahun mengusahakan tanaman kelapa sawit, saya sentiasa menerima bantuan daripada pihak MPOB yang sedikit sebanyak membantunya untuk mengusahakan ladang kelapa sawitnya,” jelasnya.

Penerima penghargaan, Matthiew Kissi , 48, berasal dari kampung Sanan turut menyatakan rasa terima kasih atas penganugerahan ini.

Matthiew yang menerima ‘Anugerah 30 Tan Setahun’ berasa gembira atas penghargaan ini kerana tidak menyangka sembilan tahun mengusahakan ladang sawit juga di tanah miliknya membawa dirinya antara pekebun kecil yang berjaya.

“Selama mengusahakan tanah terbabit saya tidak banyak menghadapi masalah kerana saya sedar hanya agensi MPOB sahaja yang dapat membantu saya memajukan tanah milik saya ini walaupun mendapat sedikit kesukaran terutama apabila ingin menjual hasil berkenaan disebabkan lokasi pusat timbang sedia ada agak jauh.

Katanya, dengan adanya pusat timbang sawit yang baru dirasmikan ini akan membantunya meningkatkan lagi taraf hidup dan hasil tanaman sawit ini pada masa akan datang.

MPOB berkongsi maklumat dengan pengunjung.

MPOB berkongsi maklumat dengan pengunjung.

Matthiew dan Petrus merupakan antara 20 orang penerima bantuan dan pengiktirafan pada majlis perasmian pusat timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan di daerah Tongod.

Terdahulu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan dan perkembangan pekebun kecil sawit yang merupakan salah satu pemangkin ekonomi negara.

“Kerajaan melalui agensi seperti MPOB sentiasa peka dengan perkembangan pekebun kecil sawit dan akan mengambil pelbagai tindakan bantuan seperti pemberian bantuan baja, racun rumput, benih sawit dan juga ilmu teknologi kepada semua pekebun kecil sawit.

“Menerusi Rancangan Malaysia ke-11 kerajaan memberikan fokus mengalakkan penduduk dan penanam sawit membuka tanaman lain melalui Skim Integrasi Tanaman yang membolehkan para pekebun menerima bantuan sebanyak RM 3000 per hektar atau mengusahakan tanah melalui Skim Integrasi Ternakan yang akan membolehkan peserta layak menerima modal permulaan berupa kambing dan lembu secara percuma dari MPOB sebagai permulaan pembukaan ladang ternakan mereka,” jelasnya.

Demikian kata Nasrun semasa merasmikan pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Tongod di Dewan Baru Serbaguna Kampung Simpang Entilibon, Tongod pada Khamis.

Pada majlis ini juga sebanyak tiga kategori sumbangan pengiktirafan disampaikan terutama terhadap para peserta yang lulus Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK),  Pencapaian 30 Tan Sawit Setahun, dan pekebun kecil yang berjaya mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP).

-SF

Tinggalkan komen anda