Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

KPKT Beri Tumpuan Keselamatan, Kebersihan & Kesihatan Penduduk

By 22 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)

 


 

JOHOR BAHRU, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Karnival Kejiranan Indah merupakan sebahagian dari inisiatif Program Transformasi Sosial (PTS) yang dipacu oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni dan mensejahterakan komuniti bandar.

Aktiviti penanaman pokok antara inisiatif KPKT untuk mewujudkan suasana yang lebih harmoni untuk penduduk komuniti bandar.

Aktiviti penanaman pokok antara inisiatif KPKT untuk mewujudkan suasana yang lebih harmoni untuk penduduk komuniti bandar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed merasmikan Majlis Pelancaran Program Trasformasi Sosial (PTS) Kejiranan Indah di Rumah Pangsa Tampoi Utama, Johor Bahru pada pagi ini, berkata, dengan menaiktaraf kemudahan dan prasarana kawasan perumahan bandar, ianya akan memberi kesan yang baik dan keadaan yang sesuai untuk pembesaran anak-anak.

IMG-20171222-WA0023

Pelancaran Program Bomba MyBomba JPP dengan menyediakan penduduk dengan bekalan alat pemadam api.

“Jadi matlamat ini akan tercapai apabila satu konsep Kejiranan Indah yang mampan seperti ini mendapat penglibatan masyarakat setempat terhadap setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Program Ziarah Kasih Bersama Pemimpin.

Program Ziarah Kasih Bersama Pemimpin.

Kita juga mahu mewujudkan nilai kebertanggungjawaban terhadap kawasan setempat yang meliputi aspek keselamatan, kebersihan dan kesihatan. Selain itu, satu keadaan kesejahteraan sosial dapat dipupuk dan diterapkan dalam nilai kehidupan masyarakat setempat dan seterusnya meningkatkan semangat kejiranan. Itu yang paling penting,” jelas Nur Jazlan lagi.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pameran di Karnival Kejiranan Indah sepanjang 3 hari ini.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pameran di Karnival Kejiranan Indah sepanjang 3 hari ini.

Karnival Kejiranan Indah berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Disember sehingga 23 Disember 2017. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berlangsungnya program antaranya program gotong-royong, pameran agensi kerajaan, sambutan Maulidur Rasul, program ziarah kasih bersama pemimpin, mini konsert bersama arti-artis tempatan dan pelbagai jenis pertandingan yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam perancangan dan pelaksanaan program-program berbentuk kesukarelawanan.

Demonstrasi pencegahan kebakaran bersama Bomba Komuniti.

Demonstrasi pencegahan kebakaran bersama Bomba Komuniti.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Sri Haji Mohammad Mentek dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Haji Amran A. Rahman.

Sokongan dan dokongan penduduk diharapkan untuk menjayakan usaha kerajaan mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan keadaan yang sesuai untuk pembesaran anak-anak.

Sokongan dan dokongan penduduk diharapkan untuk menjayakan usaha kerajaan mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan keadaan yang sesuai untuk pembesaran anak-anak.

MRR

Tinggalkan komen anda