Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

PAU 2017-Lebih 1,800 Pengamal Media Mula Bertugas

By 5 Disember 2017Disember 7th, 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Zulkifli Abu Samah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Malaysiaktif) – “Laman Media yang disediakan oleh UMNO kali ini lebih besar dan lebih mudah untuk berinteraksi sesama media selain jarak ke lokasi utama PAU iaitu Dewan Merdeka lebih dekat, berbanding PAU sebelum ini, kami perlu tempuh sekumpulan ahli UMNO sebelum dapat sampai ke Dewan Merdeka.”

Demikian kata wartawan penyiaran Al Hijrah, Zaim Zamani yang merupakan antara 1,800 petugas daripada 75 agensi media yang mula bertugas di Laman Media, Dewan Tun Razak 4 di sini sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018.

Zaim yang turun buat kali ketiga untuk tugasan PAU memberitahu Laman Media yang disediakan turut menyediakan fasiliti berteknologi tinggi bagi memudahkan liputan.

“Ada lampu pencahayaan diod (LED) besar yang dipancarkan dalam Laman Media ini memudahkan kami menonton berita-berita semasa yang dilaporkan oleh media yang membuat liputan.

“Dari segi makanan pula memang sedap. Urus setia UMNO juga ada menyediakan beberapa kaunter untuk mendapatkan maklumat berkaitan PAU.

“Ada juga Jabatan Penerangan yang membuka kaunter kad media, dari segi nak tanya maklumat tentang perkara yang berlaku, info tambahan yang diperlukan ternyata lebih mudah,” ujarnya.

Zahid ketika ditemu bual Zaim

Zahid ketika ditemu bual Zaim

 

Sementara itu, urus setia Laman Media yang hanya dikenali sebagai Alizam, memberitahu Laman Media ini dibuka dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam bermula hari ini sehingga Sabtu.

“Kita ada sediakan makanan empat kali sehari, makanan pelbagai masakan tempatan seperti ayam masak merah, ayam masak kurma, daging masak kicap dan pelbagai masakan ikan.

“Berbanding PAU yang lepas, tempat yang disediakan pada tahun ini lebih selesa dan lebih besar. Unifi dengan kelajuan 30 Mbps juga disediakan oleh pihak Telekom Malaysia,” jelasnya.

Kaunter Jabatan Penerangan yang dibuka di Laman Media

Kaunter Jabatan Penerangan yang dibuka di Laman Media

 

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang merasmikan Laman Media PAU 2018 pagi tadi berkata kemudahan wifi yang cepat serta tempat yang lebih selesa diharapkan membuka lebih ruang untuk liputan yang luas.

“Pada kali ini, pihak urus setia UMNO memberikan keselesaan kepada semua pengamal media dengan menyediakan ruang yang begitu luas. Diharapkan keselesaan ini dapat mewujudkan impak yang lebih besar kepada khalayak,” ujarnya yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

Sebanyak 61 agensi tempatan dan 14 media antarabangsa terlibat pada PAU terakhir UMNO sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

– AH

Tinggalkan komen anda