Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Lebih 38,000 Beg Diagih Menerusi Back To School [email protected] 2018

By 5 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 38,200 beg disediakan oleh Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk diagihkan kepada semua 191 UMNO Bahagian menerusi Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian masing-masing.

Menurut Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penganjuran kali ketiga itu bertujuan membantu pelajar daripada kumpulan kurang bernasib baik di bandar mahupun luar bandar.

“Pada tahun ini, setiap bahagian akan menerima sebanyak 200 beg untuk diedarkan kepada 44,400 pelajar dengan kos RM1.8 juta.

“Saya dah dapatkan jaminan daripada Pengerusi YPM yang baharu, beg akan sampai kepada penerima sebelum sekolah dibuka,” ujarnya ketika Program ‘Back to School [email protected]’ dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, pagi tadi.

Ismail ketika menyampaikan ucapan

Ismail ketika menyampaikan ucapan

Dalam pada itu, Ismail memberitahu bahawa Tuisyen [email protected] yang diwujudkan sejak dua tahun lepas telah menyediakan 565 pusat tuisyen.

“Seramai 30,000 pelajar miskin terlibat dengan kos RM4.8 juta yang dilaksanakan dengan kerjasama pergerakan Puteri.

“Pergerakan Pemuda, Tuisyen Help pula menganjurkan program Skor A SPM dengan 20,000 bakal calon terlibat dengan kos RM2.8 juta. Untuk mengubah taraf kehidupan, kita tidak boleh lari daripada sektor pendidikan,” ujarnya lagi.

Perima bantuan beg sekolah, Siti Noraisyah Nor Azri, 15

Penerima bantuan beg sekolah, Siti Noraisyah Nor Azri, 15

Sementara itu, pelajar SMK Selayang Baru yang kali pertama menerima bantuan beg sekolah, Siti Noraisyah Nor Azri, 15, merasakan bantuan tersebut dapat mengurangkan bebanan orang tuanya yang bekerja sebagai kerani.

“Saya rasa lebih bersemangat untuk ke sekolah pada tahun hadapan untuk meneruskan cita-cita saya untuk berjaya dalam bidang Sains Komputer.

“Selain beg, saya juga ada dapat bantuan biasiswa YPM yang bernilai RM300 sebulan bermula awal tahun ini yang banyak mengurangkan beban ibu bapa yang menyara kami tiga beradik,” ujarnya lagi.

Rizwan menyifatkan bantuan beg ini memberikan impak besar kepada penerima

Rizwan menyifatkan bantuan beg ini memberikan impak besar kepada penerima

Pada majlis yang sama, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Negeri Sembilan, Rizwan Ahmad berkata setiap tahun melalui ihsan YPM mereka dibekalkan dengan pek beg sekolah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan di peringkat bahagian atau parlimen.

“Ini ialah satu usaha yang baik sebab dah tiga tahun saya nampak impak besar kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Saya lihat ada keluarga yang mempunyai ramai anak. Dengan kos sara hidup yang tinggi buat masa sekarang, kos persiapan untuk penyediaan anak ke sekolah juga memang tinggi.

“Persiapan individu misalnya, saya sendiri memerlukan sekurang-kurangnya RM200 bagi seorang anak. Jadi, saya memerlukan RM1000 keseluruhannya untuk lima orang anak saya. Persiapan ini melingkupi dua pasang tudung sekolah, baju kurung, dan kasut setiap seorang.

“Jadi bila ada bantuan beg sebegini mengurangkan beban kepada keluarga. Pendekatan Pergerakan Pemuda kita bukan beri dalam program besar tetapi kita menghantar terus ke rumah keluarga pelajar tersebut,” ujarnya.

WhatsApp Image 2017-12-05 at 12.42.05 PM

– AH

Tinggalkan komen anda