
Laporan dan foto: M Zakry Chan (Melaka)
AYER KEROH, 9 Jan (Malaysiaaktif) – “integriti sebagai perkara pokok dan utama bagi memastikan negeri Melaka terus dihormati dan disegani,” ujar Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Tahun Baru 2018 di Dewan Seri Negeri, siang tadi.
Katanya lagi, kerajaan negeri begitu komited memerangi rasuah di negeri tersebut.

Borhan (kiri) menjelaskan banyak pembaharuan telah dicapai terutama daripada aspek taraf kehidupan rakyat negeri Melaka.
“Negeri Melaka bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui sahabat gerakan revolusi anti rasuah sehingga Januari tahun 2018 menyaksikan seramai 9,862 penjawat awam telah mendaftar sebagai ahli dan bersama-sama membantu mencegah amalan rasuah daripada berleluasa,” ujarnya lagi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Panchor, Borhan Maaras ,62, selama hampir sepenggal pentadbiran Datuk Seri Idris Haron menerajui negeri Melaka, telah banyak pembaharuan telah dicapai terutama daripada aspek taraf kehidupan rakyat negeri Melaka.
“Pembinaan perumahan rakyat yang banyak membolehkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah dengan harga yang mampu milik, selain projek-projek mega seperti pembinaan jalan bertingkat simpang Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Peringgit akan menggurangkan kesesakan dan menjimatkan masa.
“Selain itu, perancangan Transformasi Melaka 2050 (TM50) membawa demensi baharu apabila kerajaan akan mewujubkan Pusat Perdagangan Hang Tuah yang akan menempatkan semula pusat pertadbiran negeri ke Jalan Hang Tuah.
“Dengan pelbagai kemudahan yang akan dibangunkan ini sudah pasti perlaksanaannya memerlukan pentadbir yang berintegriti dalam kalangan penjawat-penjawat awam, jelasnya Borhan.
Sementara itu, penjawat awam, Wira Sabtu, 38, berkata semua pihak harus menyokong kepimpinan kerajaan yang sedia ada supaya impian (TM50) berjaya.
“Kita lihat projek mega seperti kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang bakal menjadikan Melaka sebagai hub pengangkutan gerbang selatan yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat Melaka terutama daripada aspek ekonomi.
“Industri pelancongan juga terus meningkat selaras dengan kemudahan dan pembangunan yang dibawa, namun semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika nilai-nilai murni tidak disemai dalam jiwa terutama integriti dalam diri,” katanya.