Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Tiga Pasang Kembar Melangkah ke Tahun Satu

By 2 Januari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto: Ramasamy Amas

 JEMPOL, 2 Jan (Malaysiaaktif)-Tiga pasang kembar melangkah ke Tahun Satu sesi persekolahan  2018  di sini pagi tadi.

Kelvin Pok dan Marcus Pok ialah pasangan kembar yang memulakan sesi persekolahan Tahun Satu di SJK (C) Chung San Rompin manakala Nur Athira Moktar dan Nur Attiqar Moktar serta  Harena Magasuka dan Harene Magasuka memulakan sesi Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Rompin.

1.L. Manickam bersama pelajar kembar Athilah dan Athiqah Moktar dan Harena dab Harenee Nagasuka

L. Manickam bersama pelajar kembar Athilah dan Athiqah Moktar dan Harena dab Harenee Nagasuka

Menurut Guru Besar SK Rompin, Halijah Abdul Manap seramai 51 pelajar baharu tahun satu berdaftar pagi tadi dan dijangka jumlah ini akan bertambah dalam minggu ini berbanding 53 pelajar pada 2017.

“Kebanyakan pelajar baharu yang berdaftar adalah dalam kalangan masyarakat kaum asli dari Kampung Asli Pancur, Kampung Asli Sungai Raya,Kampung Asli Batu Peti dan kampung asli Klebang dan masyarakat Melayu di sekitar taman-taman di Pekan Rompin,” katanya.

Sementara itu, ADUN Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman telah melakukan tinjauan ke di SJK (C) Chung San Rompin, SK Rompin, SJKT Ladang Senama dan SJKT Ladang Sialang.

“Saya kagum dengan kerenah pelajar. Walaupun mereka baru melangkah ke tahun satu ada dalam kalangan pelajar boleh bercakap, membaca dan menulis dan ini ialah hasil bimbingan guru prasekolah dan tadika.

“Oleh itu, saya harap agar semua ibu bapa wajib menghantar anak mereka di tadika sebelum melangkah ke alam persekolahan untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Tambahnya, sehingga padi tadi seramai 127 pelajar baharu mendaftar ke tahun satu merangkumi  lapan buah SJK (T) yang terdapat dalam DUN Jeram Padang.

“SJK (T) Ladang Bahau mencatatkan 53 pelajar tahun satu yang tertinggi berbanding 47 pelajar pada2017 manakala SJKT (T) Batang Jelai, tiga orang pelajar saja berbanding lima pada tahun lalu.

“Kerajaan menerusi pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan RM950 juta untuk prasarana dan Pembangunan Pendidikan SJKT melibatkan 528 buah sekolalah di seluruh Malaysia sejak 2009 hingga 2017 dan membuka 50 buah Prasekolah dalam pembentangan bajet 2018 yang akan dibuka tahun ini melibatkan dua buah sekolah SJKT di Daerah Jempol,” katanya.

Kelvin Pok dan Marcus Pok, SJK ( C) Chung San Rompin

Kelvin Pok dan Marcus Pok, SJK ( C) Chung San Rompin

Sementara itu, Nur Nilam Zulaika Norisan, 7,  yang bercita-cita menjadi doktor tidak berasa takut malah sangat gembira masuk sekolah tahun satu dan  dapat berjumpa ramai kawan kawan baru.

Manakala pelajar baharu SJK (T) Ladang Sialang, Hanusa Seri pula berkata  dia pandai menulis dan membaca bahasa Melayu tetapi tidak boleh membaca bahasa Tamil kerana ketika tadika tidak diajar bahasa Tamil.

Dalam pada itu, Guru Besar SJKT Ladang Senama Safina Abudullah berkata tahun ini seramai 12 pelajar yang mendaftar tahun satu berbanding 15 pelajar tahun lalu.

Manakala Guru Besar SJK (C)  Chung San Rompin Chong Yee Hong pula berkata, tahun ini seramai lapan pelajar tahun satu mendaftar.

“Punca kekurangan pelajar ialah kebanyakan ibu bapa telah berpindah ke Pekan Bahau dan membeli rumah di Pekan Bahau kerana tiada peluang pekerjaan di Pekan Rompin. Suatu ketika dahulu, sekolah ini mencecah 450 Pelajar dan kini hanya terdapat 51 Pelajar keseluruhan,” jelasnya

-SF

Tinggalkan komen anda