Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Dikir Barat Medium Penyampaian Maklumat

By 25 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Rosli Md.Zin (Bachok)

BACHOK, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Terdapat pelbagai cara atau saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat, termasuklah melalui aktiviti kesenian.

Di Kelantan, dikir barat merupakan salah satu kesenian yang digemari rakyat dan turut berfungsi sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak kerajaan.

Jabatan Penerangan Negeri Kelantan melalui Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Alor Bakat telah membawa persembahan dikir barat yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Alor Bakat dalam usaha untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan dikir barat di Padang SK Alor Bakat, di sini semalam.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir menyaksikan persembahan dikir barat di Padang SK Alor Bakat, di sini semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Jelawat, Radzuan Hamat berkata pelbagai cara atau kaedah digunakan pihak kerajaan untuk menjelaskan tentang isu yang sering diputar-belit oleh pihak pembangkang.

“Salah satunya adalah melalui persembahan dikir barat yang mana sememangnya digemari oleh rakyat negeri ini,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut semalam.

Beliau juga memberitahu tukang karut dan juara adalah dua tokoh penting dalam dikir barat yang berfungsi mendidik masyarakat dan menyampaikan maklumat semasa dengan cepat dan menarik.

“Melalui persembahan dikir dan ramai dalam kalangan juara dan tukang karut mengetahui isu-isu semasa yang membolehkan mereka membalas balik tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Kita juga tahu batas-batas hiburan, dan dikir barat bukanlah hiburan yang melampau malah bertujuan menyampai mesej dan menjadi dakwah kepada masyarakat,” katanya lagi.

Menurut seorang pendikir tersohor, Fendi Kenali berkata dikir barat sememangnya unik kerana bertindak sebagai penghubung bersemuka dalam menyampaikan mesej kerajaan.

“Dikir barat juga boleh menarik orang ramai tanpa mengira ideologi atau fahaman politik. Sekiranya mereka adalah penyokong pembangkang, sekurang kurangnya setelah mendengar mesej yang disampaikan mungkin mereka akan berubah hati dan menyokong kerajaan selepas ini,” ujarnya.

Sementara itu seorang lagi pendikir yang dikenali sebagai Mat Glamour menjelaskan pendikir adalah sebagai penasihat masyarakat, bertindak sebagai perantara dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

“Tanggapan negatif terhadap dikir barat timbul mungkin kerana juara atau tukang karut tidak memiliki ilmu yang secukupnya ketika menyalurkan maklumat kepada masyarakat, jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda