Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sokongan Demi Kesinambungan Pembangunan Negeri

By 24 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Sokongan Rakyat Demi Kesinambungan Pembangunan Negeri

oleh : Jamil Zainul dan M. Mokhtar
Foto oleh : Mohamad Azrul
ALOR SETAR, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Sokongan rakyat negeri Kedah penting dalam memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan dan pembangunan negeri ini terus dipacu secara seimbang, itu peringatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri semasa berucap merasmikan Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman.

IMG-20180224-WA0032

Tambahnya, Ekspo yang berlangsung bermula hari 24 Februari hingga 3 Mac 2018 membuktikan satu pencapaian yang cemerlang kerajaan hari ini dalam membantu rakyat dan adalah perlu kesinambungnya disambung lagi 5 tahun akan datang.

Sementara itu pengunjung ekspo, Muhaya a/l Sundram, 64, berkata masyarakat india kedah menyokong penuh pentadbiran kerajaan negeri sekarang dan melihat untuk terus memberi mandat dalam memastikan pembangunan negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

IMG-20180224-WA0033

Seorang lagi hadirin, Helmy Zainal, 21, pula berpendapat bahawa kerajaan negeri dan pusat perlu saling seiring atau berpihak yang sama dalam memastikan perancangan pembangunan negeri dan pusat dilaksanakan dengan mudah serta menguntungkan rakyat.

IMG-20180224-WA0030

Dalam pada itu, Ekspo Muafakat Kedah mensasarkan 500 ribu pengunjung dengan 19 kluster mencerminkan kejayaan pentadbiran kerajaan negeri Kedah, disamping 15 acara utama serta 119 acara sampingan.

Melalui Ekspo ini juga, 119 jabatan kerajaan dan swasta digemblengkan kerjasama dibawah satu bumbung melalui strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) dalam mempromosikan agenda pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan.

Turut hadir, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah, Datuk Rozai Shafian, Speker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Exco Pelaburan Industri dan Perdagangan Dalam Negeri merangkap Pengerusi Ekspo Muafakat Kedah.

IMG-20180224-WA0035

– MRR

Tinggalkan komen anda