Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Jualan Murah Bantu Ringankan Beban

By 9 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)  

PASIR MAS, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan Murah yang dianjurkan oleh UMNO Pasir Mas dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pasir Mas berjaya membantu meringankan beban pengguna membeli barangan keperluan harian yang dijual lebih murah.

Menurut seorang pelajar, Khaira Aqilah, program sebegini dilihat membantu golongan rakyat dalam berbelanja dengan lebih berhemat.

Khaira (kanan) mengatakan program sebegini membantu rakyat berbelanja dengan lebih berhemat.

Khaira (kanan) mengatakan program sebegini membantu rakyat berbelanja dengan lebih berhemat.

“Program seumpama ini boleh membantu mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah, tambahan pula harga yang ditawarkan murah dari harga biasa dan barangan yang dijual bermutu,” jelasnya yang ditemui sempena program jualan murah di Dataran KADA, Tendong, di sini.

Sementara itu, Hairul Anuar, 30, yang tinggal di Kampung Pangkal Kala berharap program seumpama ini turut diadakan di kampung-kampung kecil dan luar Bandar.

“Masyarakat di kampung masih kurang pendedahan dengan program seumpama ini. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana cakna dengan keadaan kegawatan ekonomi sekarang,” katanya.

Antara agensi yang mengambil bahagian dalam program jualan pada hari ini ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pelbagai barangan makanan keperluan harian seperti beras, daging, ayam, ikan dan produk pertanian dijual pada harga yang lebih murah daripada harga biasa.

– SH

 

Tinggalkan komen anda