Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Poly KK Disaran Kekal Berintegriti Jauhi Rasuah

By 26 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

LAPORAN & FOTO : Siti Mariam Aziz Rashid (Sabah)

 

KOTA KINABALU, SABAH, 24 Feb. (Malaysiaaktif) – Penjawat awam khususnya  warga Politeknik Kota Kinabalu (PKK) disaran terus mengekalkan sikap jujur dan berintegriti dalam melaksanakan tugas serta jauhi dari sebarang perlakuan rasuah.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Zainab Othman berkata setiap warga PKK perlu sentiasa berintergriti dalam melaksanakan tanggungjawab agar kualiti perkhidmatan sentiasa pada yang optima.

“Perkhidmatan cemerlang ini sekaligus mengelak sebarang perlakuan negatif yang boleh mencemar imej, kredibiliti dan reputasi institusi ini.

2_IBR PKK

“Sebagai pemimpin dan pendidik perlu sedar bahawa setiap waktu dan ketika akan berhadapan dengan tugas mencabar seperti perlakuan rasuah tanpa kita sedari.

“Justeru kita perlu sentiasa mematuhi setiap peraturan sedia ada sebagai peringatan kepada diri sendiri agar jauhi dari melakukan amalan yang mempunyai unsur rasuah’, jelasnya.

Staf Politeknik Kota Kinabalu melafaz Ikrar Bebas Rasuah

Staf Politeknik Kota Kinabalu melafaz Ikrar Bebas Rasuah

Zainab berkata demikian semasa menghadiri dan menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat  Politeknik Kota Kinabalu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jumaat.

Tambah Zainab, IBR adalah platform terbaik yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya gejala berkenaan.

“Sehubungan itu setiap anggota perlu muhasabah diri dan berikrar menjauhi gejala rasuah yang memberi impak tidak sihat  kepada keseluruhan perkhidmatan awam serta menjejaskan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Zulkefle Abd. Hamid dalam taklimatnya menjelaskan, keseluruhannya situasi rasuah di Malaysia masih terkawal.

“Berdasarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun 2017, Malaysia berada di tangga ke 62 di kalangan 180 negara.

“Walaupun terdapat sedikit penurunan daripada kedudukan tahun lepas, tetapi ianya masih dapat dikawal dengan tindakan agresif yang dilakukan pihak SPRM sepanjang setiap tahun,” kata Zulkefle semasa mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam sidang akhbarnya.

Zainab (enam dari kiri) dan Zulkefle (tujuh dari kiri) bersama staf Politeknik Kota Kinabalu pada Majlis IBR Peringkat Politeknik Kota Kinabalu

Zainab (enam dari kiri) dan Zulkefle (tujuh dari kiri) bersama staf Politeknik Kota Kinabalu pada Majlis IBR Peringkat Politeknik Kota Kinabalu

Tambahnya lagi, kawalan berterusan perlu dilaksanakan dengan bantuan daripada masyarakat termasuklah warga PKK sendiri.

Zulkefle berharap agar kakitangan PKK  perlu menjauhi amalan rasuah dan memberi contoh kepada kakitangan di bawah seliaan masing-masing.

Lebih 400 warga PKK terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah serta kakitangan bahagian pentadbiran  hadir dalam upacara lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai Timbalan Pengarah Akademik, Dullah Muluk  disaksikan Zainab dan Zulkefle.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda