
LAPORAN : Asmidar Zainol / FOTO : Abdullah Sani Ariff Lokhman (Sabah)
KOTA BELUD, SABAH, 24 Feb. (Malaysiaaktif) – Lapan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menganjurkan Majis Pesta Angpau dan Penghormatan Warga Emas Tahun 2018 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa pada Jumaat malam.
Sambutan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh kaum Cina tapi turut disertai oleh pelbagai kaum di daerah tersebut menjadikan perayaan tahun Baru Cina sebagai perayaan melambangkan kemakmuran kaum dalam konsep 1Malaysia.
Pengunjung, Yusof Santil, 46, dia gembira dengan penganjuran majlis tersebut kerana dapat mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Kota Belud.
“Malam ini saya datang bersama tiga orang anak setelah dimaklumkan oleh rakan yang bertugas di sekolah ini.
“Paling gembira sudah tentulah adalah anak-anak kerana mereka juga diberi angpau selain dapat melihat tarian singa dan naga yang hanya dapat disaksikan semasa perayaan tahun baru cina.
“Saya berharap majlis ini akan dilaksanakan dengan sekala lebih besar agar lebih ramai dapat menyertai dan seterusnya meraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita ini,” katanya.
Sementara itu, bagi warga Orang Kelainan Upaya (OKU), Chris Foo, 67, dia terharu kerana warga emas seperti mereka diraikan dalam majlis yang cukup meriah ini.
Katanya, selain dapat menikmati persembahan dan jamuan makan, beliau juga dapat bertemu dengan pemimpin masyarakat serta rakan-rakan.
Bagi salah seorang ahli kumpulan persembahan, Jenny Bui, 70, dia tidak kisah datang dari Penampang untuk membuat persembahan di dalam majlis tersebut.
“Kami mempunyai kumpulan kebudayaan di Penampang dan telah tiga tahun dijemput mengadakan persembahan di majlis yang sama.
“Saya berharap acara seperti ini akan diteruskan pada setiap tahun demi dan keharmonian masyarakat akan berkekalan,” ujarnya.
Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak dan isteri, Datuk Raya Erom.
Salleh mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 ribu kepada lapan NGO Cina dan RM10 ribu kepada Jawatankuasa Perkuburan Cina Kota Belud serta sebuah bas bagi kegunaan sekolah berkenaan dan juga NGO-NGO terbabit.
Lapan NGO tersebut adalah Persatuan Hakka; Persatuan Chung Hua; Klan Tham Pantai Barat Utara; Persatuan Wanita Kota Belud; Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Kota Belud; Persatuan SINO dan Kadazan (KDM); Persatuan Tokong Kota Belud dan Persatuan Wawasan Bola Keranjang Kota Belud.
- MRR