
Laporan Oleh : M.Suresh Maniam
Jurufoto : Mohd. Kiar Johari
Jitra, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Kira-kira seribu orang daripada masyarakat Siam hadir menyaksikan Perasmian Tempat Perlancongan SUKKHAVUTTHALAI yang diadakan malam tadi di Wat Siam Kampung Bemban, Jitra.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata di dalam ucapan perasmiannya bahawa untuk meningkatkan ekonomi dua negara iaitu Malaysia dan Thailand, kerajaan telah bersetuju untuk membuka pintu sempadan 24 jam mulai tahun hadapan iaitu pada tahun 2019.
“Sebuah negara yang hebat dan kuat, ikatan silaturahim antara rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, keturunan serta adat resam mesti mantap disamping ekonomi yang kukuh,” ujar beliau yang turut sama meluangkan masa beramah mesra bersama-sama masyarakat Siam di majlis ini.
Seorang tetamu yang hadir, Cham Nat A/L Nuang, 58, berkata, “saya menyokong penuh keputusan kerajaan untuk membuka pintu sempada 24 jam demi untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara.”
Jelas sambutan majlis ini menyaksikan masyarakat Siam di Malaysia memberikan kerjasama yang baik terhadap program kerajaan dan ikatan hubungan yang dijalinkan amat baik sekali.
Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Sri Mohd Johari Baharum, ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar serta Pegawai Daerah Kubang Pasu turut sama hadir memeriahkan sambutan Perasmian Tempat Perlancongan SUKKHAVUTTHALAI ini.
– MRR