
LAPORAN : Pai Syahira Yahya (Kuantan)
FOTO : Ahmad Suhailan Mat Piah
PEKAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – “ Semakin indah Malaysia, negara maju, rakyat bahagia, hidup aman apabila kita berkongsi segala kejayaan dan kekayaan” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap perasmian Program Kongsi Kasih sempena Tahun Baru Cina 2018 bersama komuniti Pekan pada rabu.
Lebih 3600 rakyat Pekan diraikan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah terdiri daripada masyarakat Melayu, Tiong Hwa, India dan Orang Asli berkongsi kasih antara pelbagai kaum dan menerima ‘angpow’ serta hamper berbentuk barangan keperluan harian pada majlis tersebut.
Menurut Lim Poi King, layanan Datuk Seri Najib kepada semua adalah adil dan tidak mengira bangsa. “ Setiap tahun PM tidak lupakan kami, dapat ‘angpow’ dan limau di Pekan dan gembira Pekan kekal aman, rakyatnya bersatu-padu” ujar beliau yang sudah 52 tahun menetap di Pekan.
Bagi Saroja A/P Gobindasamy, 57, beliau yang berhijrah dari Kelantan ke Pekan selama 37 tahun turut berkongsi keterujaan meraikan kongsi raya dan gembira menjadi rakyat Pekan.
Tinjauan Malaysia Aktif mendapati semua penerima termasuk warga emas dan orang kurang upaya yang turut diraikan.
Ahli Parlimen Pekan itu juga mengumumkan bahawa Malaysia mencatakan kadar pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada tahun lalu.
Berikutan itu rakyat perlu besyukur kerana Malaysia berkongsi kekayaan dan kejayaan bukannya penderitaan seperti ethnik Rohingya dan saudara Islam di Palestin.
Turut hadir, ADUN Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menurut Perdana Menteri, “Di Malaysia kita bukan sahaja berkongsi kekayaan kepada semua kaum, tetapi juga berkongsi parti politik seperti diamalkan Barisan Nasional juga berkongsi raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas”
Dalam ucapan penutupnya Datuk Seri Najib berseloroh tentang ‘raya’ di Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi dan medapat sorakan penuh daripada seisi dewan merujuk kepada pilihan raya.
– MRR