Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jom Kesan Awal ” Bahayanya Kanser Payudara”

By 6 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto Disediakan oleh : Sarah Abdul Halim (Kulim)

KULIM, 5 Mac(Malaysiaaktif) – Statistik yang diperolehi baru-baru ini tentang pesakit kanser payudara yang lambat dikesan semakin bertambah dikalangan masyarakat Malaysia.

Hasil dari kesedaran sivik itu, PUSPANITA Daerah Kulim telah bekerjasama dengan Hospital Kulim dengan mengadakan “Ceramah Kempen Kesedaran Kanser Payudara” yang turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta bertempat di dewan asrama Hospital Kulim.
IMG-20180306-WA0017
Ceramah disampaikan oleh Pakar Bedah Hospital Kulim, Dr.Cheah Sin Dee dan Pakar Klinikal Radiologi Hospital Kulim, Dr.Latifah Ishak.

Menurut Dr.Cheah tahap kesedaran pengesanan awal kanser payudara dalam kalangan masyarakat kita masih rendah.

IMG-20180306-WA0020
Kebanyakkan pesakit mengambil masa yang lama untuk datang memeriksa di hospital apabila kanser telah merebak ke tahap tiga dan empat.

Apabila sudah sampai tahap itu, payudara pesakit tidak dapat diselamatkan lagi dan berkemungkinan boleh mnyebabkan kanser merebak ke bahagian sistem saraf yang lain.

IMG-20180306-WA0019

Oleh itu, pengesanan awal dapat mencegah dan membantu merawat pesakit daripada risiko yang lebih berbahaya.

Statistik mendapati, satu daripada 20 wanita berisiko menghidapi kanser payudara. Terdapat pelbagai faktor penyumbang utama kepada kanser payudara seperti keturunan, sejarah hidup, pemakanan dan lain-lain lagi.

IMG-20180306-WA0016

Setiap wanita perlu jadikan amalan pemeriksaan secara berkala bagi mengesan lebih kanser payudara.

Pelbagai maklumat, ceramah, berkongsi cerita dengan bekas penghidap kanser payudara dapat mendedahkan kepentingan pengesanan awal dan rawatan perubatan kanser payudara. Kanser payudara awal dapat dikesan sendiri melalui pemeriksaan di rumah.

“Setiap wanita yang mempunyai risiko tinggi dan berumur 40 tahun ke atas dinasihatkan datang terus ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor.

Kanser payudara dapat dikesan dengan lebih tepat lagi menggunakan mesin MAMOGRAM, CT SCAN, ULTRASOUND dan MRI. Setiap pesakit akan mendapat rawatan mengikut tahap kanser itu dengan bimbingan daripada pihak hospital”, kata Dr Latifah.

Pihak Hospital Kulim juga amat berharap diberi kemudahan dan kelengkapan mesin MAMOGRAM dan mesin MRI untuk memudahkan urusan pesakit di hospital ini. Ketika ini setiap pesakit yang perlu menggunakan mesin tersebut perlu dirujuk ke hospital lain untuk membuat pengesanan yang lebih efektif.

Menurut seorang kakitangan Hospital Kulim yang turut menghadiri sesi ceramah iaitu Maizirozita, 42 berkata “Program ini sangat berguna dalam memberi kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan awal yang perlu dilakukan sendiri”.

Manakala seorang lagi penjawat awam dari jabatan Perpaduan , Nor Asmaliza 35, berkata ceramah berkaitan kanser payudara sangat memberi kesan terhadap pengetahuan masyarakat diluar sana khususnya wanita tentang betapa besarnya risiko kanser ini.

Tambahnya lagi golongan wanita seakan-akan memandang remeh terhadap penyakit kanser hingga menyebabkan pesakit tidak dapat diselamatkan lagi akibat daripada kurangnya pendedahan tentang kanser payudara”.

– MRR

Tinggalkan komen anda