
Laporan oleh: Mohammad Abdul Rahman / Foto: Johnny George Kimlon (Sabah)
BONGAWAN, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Orang ramai dijemput memeriahkan Program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Barisan Nasional Kimanis di Dataran Tamu Pekan Bongawan pada isnin depan.
Menurut Pembantu Menteri Jabatan Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Arif, program tersebut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zahid Hamidi, selaku Timbalan Presiden UMNO Malaysia
“Ini merupakan Lawatan beliau kali ketiga di kawasan Parlimen Kimanis dengan sekurang-kurangnya 7000 pengunjung dijangka hadir.
“Dalam lawatan ini diharap beliau mempertimbangkan beberapa permohonan yang menjurus kepada pembangunan, pendidikan di Bongawan, Membakut secara keseluruhannya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat akhir program tersebut di Pejabat UPPM DUN Bongawan pada rabu.
Zahid juga dijangka merasmikan Jentera Gerak Gempur PRU 14 P.176 Kimanis bersama Ketua Menteri Sabah, Selaku Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Turut hadir Pengerusi Majlis Hal Ehwal Negeri Sabah selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin; Penolong Pegawai Daerah Papar, William Ahlan dan ketua-ketua masyarakat.
-MRR