Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

Lebih Seratus Wartawan Asing Memohon Kad Media Sempena PRU-14

By 19 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PEKAN, 18 April (Malaysiaaktif) – Lebih seratus permohonan Kad Perakuan Media wartawan asing diterima Jabatan Penerangan Malaysia sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, setiap organisasi media yang ingin memberikan liputan sempena pilihan raya perlulah mendapatkan kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia terlebih dahulu sebelum memohon pas media daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jabatan akan mengeluarkan kad ini kepada agensi media yang sah dan berdaftar kepada pengamal media di negara ini termasuklah wartawan-wartawan asing yang bertempat di sini.

Pengamal media yang ingin mendapatkan pas media SPR, perlulah terlebih dahulu memiliki atau memohon Kad Perakuan Media - Ibrahim

Pengamal media yang ingin mendapatkan pas media SPR, perlulah terlebih dahulu memiliki atau memohon Kad Perakuan Media – Ibrahim

“Sebanyak 183 permohonan daripada wartawan asing sempena pilihan raya untuk mendapatkan pas sementara, manakala pas kekal adalah untuk wartawan asing yang berada di negara kita telahpun dikeluarkan,” katanya ketika sidang media sempena program Negaraku: Menghubung Menyatu @ Pekan, hari ini.

Menurut Ibrahim, dengan adanya pas media ini, pihak SPR dapat memberikan laluan ataupun kemudahan untuk mengakses masuk ke lokasi-lokasi tertentu yang dibenarkan kepada wartawan.

“Sebab itulah syarat-syarat kita amat ketat, hanya wartawan yang disahkan akan diberikan kad ini, dan soal menyamar itu adalah di luar kawalan kita.

Ibrahim (tengah) terlebih dahulu menyampaikan sumbangan titik sentuhan kepada 40 penerima.

Ibrahim (tengah) terlebih dahulu menyampaikan sumbangan titik sentuhan kepada 40 penerima.

“Kita harapkan pihak berwajib di kawasan itu ketika sidang media misalannya, minta untuk ditunjukkan kad media supaya kita dapat pastikan hanya mereka yang layak akan dibenarkan masuk untuk membuat liputan,” tambahnya.

Sebagai satu daripada keperluan untuk pihak berwajib mengenalpasti pengamal media ini, mereka haruslah mempamerkan kad ini sepanjang masa ketika membuat liputan untuk memudahkan semua pihak.

Sementara itu, pihak jabatan turut bekerjasama dengan pihak Wisma Putra untuk memudahkan setiap wartawan asing membuat liputan, disamping menyediakan kemudahan pusat media bagi semua wartawan.

“Pusat media ini juga berfungsi mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi berkaitan pilihan raya ini,” ujar Ibrahim lagi.

Tinggalkan komen anda