Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kebangkitan Mesilau Selepas Gempa

By 18 April 2018Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Fauzrina Bulka / Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

KUNDASANG, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Jika ingin merasai cuaca beriklim sejuk di Sabah, pastinya semua akan terfikirkan pekan Kundasang, tetapi jika sanggup menghadapi 10km perjalanan lagi, pasti anda akan sampai di Kampung Mesilau.

Namun begitu untuk ke sana, anda perlulah mempunyai skill pemanduan yang baik, menaiki bukit curam untuk ke tanah tinggi Mesilau, mungkin anda hanya perlukan gear satu dan dua sebelum tiba di atas.

9

Tetapi segala keperitan itu akan hilang apabila pemandangan yang indah dan tenang terhidang di hadapan mata, tempat yang sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman ini terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Menurut penduduk Kampung Mesilau, Nor Annisa Essin, 24 selepas berlakunya gempa pada 2015, mereka menyangka akan berlaku pengurangan jumlah pengunjung ke situ.

“Mesilau ini sememangnya tumpuan pelancong kerana di sini juga letaknya ‘starting point’ atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu iaitu di Mesilou Nature Resort yang terletak berhampiran.

Nor Annisa ketika bertugas di Sulap Inap Desa.

Nor Annisa ketika bertugas di Sulap Inap Desa.

“Pada mulanya kami menyangkakan selepas berlakunya gempa, bilangan pengunjung akan berkurangan kerana mereka pasti risaukan keselamatan di sini.

“Tetapi apa yang berlaku adalah diluar jangkaan apabila semakin ramai pengunjung yang datang, kerana itu juga sebabnya makin banyak homestay di bina bagi menampung permintaan yang tinggi,” katanya.

Bilik yang disediakan selesa untuk pengunjung tempatan dan luar.

Bilik yang disediakan selesa untuk pengunjung tempatan dan luar.

Tambahnya, hingga kini lebih 40 buah homestay dan inap desa termasuk Sulap Inap Desa temptnya bekerja  dibina di dalam Kampung Mesilau yang rata-rata di sewa oleh penduduk tempatan, pelancong dari semenanjung malahan dari luar negara seperti Taiwan dan Arab.

“Kampung Mesilau ini selain terkenal dengan destinasi pelancongan, ia juga terpilih sebagai tempat membuat program dan kajian oleh pelajar-pelajar universiti awam.

Ruangan parkir yang besar dan cukup untuk pelanggan.

Ruangan parkir yang besar dan cukup untuk pelanggan.

“Penduduk di sini juga bergiat aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti Marathon, Hari Warga Emas, sukan dan pelbagai aktiviti lagi yang setiap kalinya pasti mendapat sokongan ramai.

“Sebagai penambahbaikan aktiviti, maka kami mengharapkan pembinaan dewan bagi menampung penyertaan yang ramai dalam keadaan tempat yang lebih selesa berbanding balairaya sekarang.

9830ac69-a573-4dd5-a09d-ef2cc0485302

“Dari segi keselamatan pula kami mengharapkan jika dapat disediakan lampu solar di kawasan ini memandangkan pelancong yang datang berasa risau bersiar-siar pada waktu malam kerana keadaan yang gelap dan berkabus.

“Walaupun kami di jaga 24 jam oleh pasukan RELA dan polis, tetapi suasana gelap begini mampu mengundang pelbagai masalah, jadi dengan adanya lampu solar, semua akan merasa selamat untuk ke masjid beribadat mahupun beriadah,”jelasnya.

Kata Nor Annisa, selepas kejadian gempa juga, dalam tempoh tiga bulan sekali pemeriksa kesihatan sangat aktif datang memantau kesihatan penduduk bagi mengendalikan sesetengah mereka yang masih trauma.

Maslinda bersama pembantunya yang banyak membantu pengusaha homestay mengurus perniagaan.

Maslinda bersama pembantunya yang banyak membantu pengusaha homestay mengurus perniagaan.

Selain pertumbuhan pesat homestay di Mesilau, wujud juga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang di selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Pengurusnya, Maslinda Saminin, pusat internet tersebut telah beroperasi selama enam tahun dan dikunjungi oleh ramai samada untuk belajar menggunakan komputer ataupun sekadar menggunakan wifi.

Keadaan di dalam PI1M yang penuh dengan pengunjung.

Keadaan di dalam PI1M yang penuh dengan pengunjung.

“Dengan populasi kira-kira 500 orang, talian wifi dan internet yang disediakan mencukupi untuk kegunaan penduduk.

“Komputer yang disediakan pula ada 20 buah yang mana telah diasingkan 10 buah untuk latihan keusahawanan, manakala 10 buah lagi untuk pengunjung.

“Untuk latihan, biasanya kami menjemput pengusaha-pengusaha homestay untuk mengajar mereka teknologi terkini dengan mempromosikan perniagaan mereka melalui facebook,”jelasnya.

Tempat yang selesa untuk mencari maklumat atau bermain dengan rakan-rakan.

Tempat yang selesa untuk mencari maklumat atau bermain dengan rakan-rakan.

Menurut Maslinda, sebelum wujudnya PI1M, pengguna terpaksa ke Pekan Kundasang sejauh 10km dari Mesilau untuk melayari internet mencari maklumat ataupun kanak-kanak bermain permainan internet.

“Tapi sekarang, lebih mudah mereka melayari internet untuk mencari pekerjaan seperti di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, ataupun mengisi borang untuk mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara talian.

“Kanak-kanak pula lebih celik dengan teknologi maklumat serta sudah tahu menggunakan internet dan komputer,” ujarnya.

1f34dfbc-0638-4f52-abef-929244baa358

Maslinda turut berkongsi pengalaman selepas berlaku gempa apabila talian internet terjejas selama seminggu hingga PI1M terpaksa ditutup.

Lebih memeritkan apabila kampung mereka dilanda banjir lumpur dan jambatan utama yang menghubungkan sebuah pusat dakwah Islam tidak dapat dilalui oleh kenderaan selepas rosak teruk akibat banjir berkenaan.

“Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba Ranau juga menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan sebahagian penduduk berikutan keadaan arus deras air sungai yang bercampur dengan lumpur.

“Tetapi setelah masalah banjir lumpur dan talian berjaya diatasi, ramai penduduk datang ke sini bagi mencari maklumat terkini berkaitan gempa, bantuan yang boleh diterima dan pelbagai maklumat berkaitan kejadian itu.

“PI1M seterusnya menjadi pusat rujukan kepada penduduk setempat dan kewujudannya memastikan penduduk tidak terputus hubungan dengan dunia luar dan sentiasa peroleh berita terkini,”katanya.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda