Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Mobile Apps Boot Camp Mantapkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

By 1 April 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Siti Mariam Aziz Rashid

 

KOTA KINABALU, 1 Apr (Malaysiaaktif) –  Seminar Mobile Apps Boot Camp Agensi Kerajaan Sabah yang diadakan di kampus INTAN Sabah baru-baru ini, mampu memantapkan sistem saluran penyampaian perkhidmatan awam khususnya kepada rakyat negeri Sabah.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani berkata penganjuran seminar empat hari tersebut merupakan kolaborasi bersama di antara MAMPU Sabah, INTAN Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu.

Antara peserta yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.

Antara peserta yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.

“Seminar ini merupakan tanda sokongan padu agensi-agensi kerajaan terhadap usaha transformasi perkhidmatan digital kerajaan dalam mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Penganjuran ini juga merupakan satu platform terbaik bagi berkongsi idea dan pembelajaran secara hands on training, untuk mempergiatkan lagi pembangunan aplikasi mudah alih kerajaan khususnya di Sabah,” kata Nor Rizan.

Menurutnya, sinergi daripada boot camp tersebut juga diharap dapat mencetuskan pelbagai idea dan meningkatkan kompetensi penjawat awam dalam pembangunan aplikasi mudah alih, yang dapat memberi manfaat dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Bagi merealisasikan pembangunan kompetensi dalaman di agensi sektor awam dalam membangunkan mobile apps, boot camp ini dianjurkan sebagai salah satu usaha kerajaan bagi mendedahkan para peserta secara hands on tentang perkara ini dan seterusnya dapat membangunkan mobile apps sekaligus memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam di agensi masing-masing kelak,” kata Nor Rizan.

Antara peserta yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.

Antara peserta yang menyertai Mobile Apps Boot Camp selama empat hari itu.

Mengimbau sejarah perkembangan sistem penyampaian perkhidmatan awam, Nor Rizan berkata perkhidmatan Kerajaan melalui telefon mudah alih telah diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi, dengan inisiatif mySMS 15888 pada peringkat permulaan.

Ini disusuli dengan inisiatif myGov Mobile pada tahun 2011, yang merangkumi perkhidmatan mySMS, myMMS, myUSSD, myPay dan myApp.

“Sehingga kini sebanyak 396 Agensi telah menggunakan gerbang-gerbang di myGov Mobile dengan menyediakan lebih 4,000 perkhidmatan melalui telefon mudah alih,” tambah Nor Rizan.

Jamaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada Shuhaili disaksikan oleh Samsul (dua dari kiri), dan Julkifli (kiri).

Jamaluddin menyampaikan sijil penghargaan kepada Shuhaili disaksikan oleh Samsul (dua dari kiri), dan Julkifli (kiri).

Menyedari perkembangan teknologi dan penggunaan ‘Smart Phone’, Kerajaan kini
sedang menambah bilangan sistem penyampaian perkhidmatan khususnya dengan pembangunan aplikasi-aplikasi mudah alih dan juga aplikasi pembayaran melalui telefon mudah alih, yang mana kesahihannya adalah lebih terjamin dan dipercayai.

Seminar yang julungkali diadakan di Sabah itu menyaksikan Politeknik Kota Kinabalu sebagai penyumbang tenaga pengajar sepanjang tempoh seminar, yang disertai seramai 30 peserta terdiri daripada penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam pembangunan perisian di agensi masing-masing.

Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan negeri Sabah, Jabatan Pendidikan negeri Sabah, Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Komputer Negeri Sabah, Politeknik Kota Kinabalu, Jabatan Tenaga Kerja dan MAMPU Sabah.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr. Jamaluddin Mohd Ali, di Majlis Perasmian Penutup Mobile Apps Boot Camp Agensi Kerajaan Sabah di kampus INTAN Sabah, disini.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah MAMPU Sabah, Datuk Haji Mohd. Shuhaili Mohd. Taufek, Pengarah INTAN Sabah, Samsul Dollah dan Ketua Unit Multimedia Politeknik Kota Kinabalu, Julkifli bin Awang Besar selaku penceramah Boot Camp tersebut.

-MRR

Tinggalkan komen anda