
Laporan : Genda Sating Foto : Chua Sim Choon (Kuching)
KUCHING, 11 April (Malaysiaaktif) – “Pembinaan Empangan Baleh yang bermula Oktober tahun ini dijangka akan merancakkan ekonomi di Kapit,” kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. James Jemut Masing ketika mengiringi kunjungan hormat delegasi dari China di Pejabat Ketua Menteri, di sini, hari ini.
Menurut Masing, projek pembinaan Empangan Baleh, yang bernilai RM9 bilion ini dijangka mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan dan dalam tempoh tersebut, projek ini dijangka dapat memberi 3,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Saya berharap agar penduduk sekitar Kapit dapat merebut peluang pekerjaan yang mampu menjana pendapatan penduduk setempat dengan sebaiknya,” ujarnya lagi.
Kunjungan delegasi yang diketuai oleh Pengarah Perniagaan Antarabangsa China, Gezhouba Group Co. Ltd. Feng Jun ini adalah untuk menerangkan kepada ketua Menteri kaedah bagi membangunkan Empangan Baleh.
China Gezhouba Group Co., Ltd. merupakan sebuah syarikat pembinaan empangan yang terkenal di dunia.