Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

UniTea 1.0 Himpunkan Peserta Pelbagai Latar Belakang

By 11 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Genda Sateng (Sarawak)

KUCHING, 11 April (Malaysiaaktif) – Kira-kira 80 peserta berbeza latar belakang terdiri daripada kumpulan belia, ahli agama, pertubuhan bukan kerajaan, jabatan kerajaan, universiti awam dan swasta, persatuan kebudayaan dan persatuan peniaga di seluruh negeri ini menghadiri UniTea 1.0.

Program UniTea 1.0 yang bertemakan ‘Unity is Our Strength’ anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak dan Sarawak Development Institut (SDI) ini dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Taib Mahmud (kanan) dan Aloysius J Dris (kiri) ketika hadir pada majlis UniTea 1.0, di sini semalam.

Taib Mahmud (kanan) dan Aloysius J Dris (kiri) ketika hadir pada majlis UniTea 1.0, di sini semalam.

Program anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak dan Sarawak Development Institut (SDI) ini bertujuan mempromosikan dan menganjurkan aktiviti atau program mengenai parpaduan.

Menurut Taib Mahmud, asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dan perpaduan ialah penyatuan kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.

“Negeri ini mempunyai kekuatan dan keistewaan tersendiri yang wajar dikekalkan. Masyarakat kita tidak mengambil masa yang lama untuk berkenalan dan membina persahabatan walau baru pertama kali berjumpa.

“Dalam pada itu perpaduan asas kekuatan rakyat negeri ini namun itulah susana terbaik yang dirasai, di mana walaupun kami mempunyai banyak perbezaan, namun kami tetap bercampur-gaul dalam kalangan kami.

Sesi soal jawab turut diadakan.

Sesi soal jawab turut diadakan.

“Ini merupakan sesuatu yang wajar dikekalkan dan saya percaya generasi anak-anak saya dan generasi muda akan mewarisi semangat rakyat Sarawak yang hidup aman dan makmur,” ujar Taib Mahmud lagi.

Taib Mahmud yang juga Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Sarawak turut berkongsi pengalaman ketika melalui zaman pelajar di Sekolah Tanjong Lobang Miri dan St. Joseph Kuching di mana pada masa itu pergaulan bukan hanya melibatkan pelajar tempatan malah anak-anak rakyat asing yang bekerja di negeri ini yang mempunyai banyak perbezaan dengan anak-anak tempatan.

Melalui program ini, para peserta turut berkongsi idea dan pandangan dengan pihak berkepentingan yang berbeza latar belakang mengenai aktiviti-aktiviti semasa dan masa hadapan berkaitan perpaduan dan keharmonian serta berkongsi aspirasi untuk keharmonian dan kesatuan rakyat negeri ini.

-SH

Tinggalkan komen anda