
Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)
KUCHING, 28 April (Malaysiaaktif) – Lebih 4 ribu orang ahli jentera dan penyokong parti Barisan Nasional (BN), 50 jentera dan penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) manakala 15 jentera dan penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) datang menghantar calon di perkarangan letak kereta Kota Samarahan.
Pegawai Pengurus, Mohamad Ainnie Wahad memaklumkam Parlimen P197 Kota Samarahan ini merupakakan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Calon BN kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang akan melawan Sopian Julaihi (Amanah) dan Zulkilpi Ramzi (PAS).
Munurut Rubiah, beliau tidak memandang mudah keupayaan dua calon pembangkang yang akan ditentang pada PRU-14 kali ini.
“Fokus utama ialah untuk memantapkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti.
“Kita tidak memandang rendah keupayaan lawan dan menganggap pertandingan ini mencerminkan proses demokrasi negara berjalan dengan lancar dan berjaya.
“Bagaimanapun, saya akan memastikan kerusi Parlimen Kota Samarahan ini kekal menjadi milik mutlak BN,” katanya.
Sopian Julaihi (Amanah) berkata walaupun fahaman politik berbeza namun hubungan silaturrahim perlu diutamakan.
“Bagi negara yang berdemokrasi dan pilihanraya merupakan penentu siapa yang memerintah dan sokongan nanti terpulanglah kepada rakyat yang menentukannya semasa pembuangan undi nanti.
“Di Sarawak ini, kita dapat duduk makan minum semeja serta bercampur antara satu sama lain dan berkerjasama dengan ahli parti lain,” ujarnya.
Syamsul memberitahu, meskipun PAS tidak menaruh harapan tinggi untuk menang di kerusi Parlimen Kota Samarahan, namun pihaknya menyasarkan peningkatan peratusan undi PAS di kawasan tersebut.
“PAS yakin mampu memberi saingan kepada BN di Parlimen Kota Samarahan walaupun adanya Amanah bertanding dengan mengguna logo PKR.
“Kita percaya dan yakin masyarakat Kota Samarahan boleh melihat siapa yang memperjuangkan kebajikan dan menjaga keharmonian beragama,” tegasnya.