Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pertembungan Sepupu di DUN Kuala Balah

By 28 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Seman Wan Bedollah & Mohd Noor Mahmuddin (Jeli)

JELI, 28 April (Malaysiaaktif) – Hari Penamaan Calon bagi Bahagian Pilihanraya P.30 Jeli yang diadakan di Pusat Penamaan Calon Pejabat Tanah & Jajahan Jeli pagi ini menyaksikan pertembungan dua orang yang mempunyai pertalian saudara iaitu calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Nama-nama calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) telah umumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Bahagian Pilihanraya Parlimen Jeli, Hj. Zulkifli Abd. Rahman pukul 11.45 pagi.

Calon BN, Datuk Abd. Aziz Derashid yang merupakan penyandang kerusi DUN Kuala Balah akan bertembung dengan sepupunya daripada calon PAS, Mohd Apandi Mohamad.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan calon bertanding di Jeli.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan calon bertanding di Jeli.

Pada PRU Ke-13, calon BN, Datuk Abd. Aziz Derasid menang dengan majoriti 2,076 undi setelah menewaskan calon dari parti PKR, Ramlan Mat.

Pegawai Pengurus Pilihanraya menerima tiga kertas pencalonan pada pukul 9.15 pagi tetapi terpaksa menolak kertas pencalonan parti PKR, Dr. Hafidz Rizal Amran atas sebab-sebab tertentu.

Seramai 8,150 orang penyokong parti-parti bertanding hadir untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Di Parlimen P.030 Jeli akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PKR).

Calon BN bagi Parlimen P.030 Jeli merupakan penyandangnya iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, manakala calon PAS pula ialah Mohamad Hamid dan Azran Deraman bagi calon Pakatan Harapan (PKR).

Sebahagian daripada penyokong yang hadir.

Sebahagian daripada penyokong yang hadir.

Sementara itu di DUN Bukit Bunga juga akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PKR).

Calon BN bagi kerusi DUN Bukit Bunga merupakan penyandangnya iaitu Datuk Mohd Adhan Kecik yang akan ditentang oleh calon PAS, Ramzi Mohd Yusoff dan calon Pakatan Harapan (PKR), Asran Alias.

DUN Air Lanas juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PKR).

Penyandang calon BN DUN Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan ditentang oleh calon PAS, Datuk Abdullah Ya’kub dan calon PKR, Dr. Aminuddin Yaacob.

Penamaan calon berjalan dengan lancar, tenteram dan tidak ada sebarangan insiden buruk berlaku.

Menurut Inspektor Mohd Fikri Abd. Mohksin, 25, seramai 153 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan sepanjang proses penamaan calon berjalan.

“Pihak PDRM telah memulakan tugas seawal pukul 5.00 pagi lagi dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda