Skip to main content
HomeSabah

Peroleh Medal Larian 3km, Kejayaan Besar Anak-anak OKU

By 2 Mei 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Mendapat medal untuk pertama kali pastinya merupakan satu kebanggaan untuk anak OKU, apatah lagi jarak sejauh 3 km berjaya ditamatkan bersama-sama dengan keluarga.

“Maisarah menghidap microsefali dan glocoma sejak kecil, jadi untuk menyertai larian ini, dia hanya duduk di stroller saja.

2

“Ini juga kali pertama Maisarah sertai, walaupun dia tidak dapat melihat tapi mugkin naluri mereka yang istimewa seolah-olah dia faham dia turut serta acara hari ini.

“Tidak disangka satu malam dia tidak tidur seolah-olah teruja, jam 3 pagi dia sudah bersiap dan pada jam 5 kami sudah bertolak ke lokasi,”jelas Malissa.

'Si Cantik' Maisarah bersama medal dan sijil yang di perolehinya.

‘Si Cantik’ Maisarah bersama medal dan sijil yang di perolehinya.

Tambahnya, dari air muka Maisarah memang jelas dia ceria, terutama sekali ayahnya yang gembira dapat menyertai acara sebegini, malahan anak-anak Oku lain juga nampak gembura mendengar lagu-lagu rancak yang dimainkan ketika memanaskan badan.

“Untuk hari ini, anak-anak usia Maisarah hanya perlu menghabiskan sejauh 3km, yang dewasa yang normal pula sehingga 10km, saya gembira lihat acara yang melibatkan golongan OKU kini sudah banyak dianjurkan.

“Selain daripada pendedahan yang positif untuk anak-anak, kami sebagai ibu bapa juga dapat mengeratkan silaturahim bila dapat berkumpul begitu mungkin kerana mempunyai cerita kehidupan yang sama,” ujarnya.

Menurut Malissa, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu mempunyai kumpulan sokongan yang kuat seperti keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi cerita dan bertukar pengetahuan.

“Saya ada pengalaman mengenai seorang kawan yang juga ada anak istikmewa berusia 6 tahun, tetapi dia beryerus terang tidak dapat menerima anaknya itu.

“Saya nasihatkan dia supaya bawa anak-anak ke sekolah khas untuk OKU dan luangkan masa sertau acara-acara yang di adakan, InsyaAllah fikiran kita lebih terbuka dan tidak lagi segan membawa anak beriadah.

“Dari awal kelahiran Maisarah, saya tidak pernah merahsiakan kekurangnya, malah saya bawa dia ke sana sini, tetapi ada kawan sampai hati sembunyikan anak mereka di rumah pula,”kata Malissa sebak.

Malissa bersyukur punya keluarga yang sentiasa menyokong, malahan tidak pernah memanggil Maisarah dengan nama, tetapi menggelarnya ‘Si Cantik’.

Dia turut menghargai usaha keras pihak penganjur mengadakan acara untuk meraikan mereka yang istimewa dan juga kepada pihak polis yang menjaga kselamatan anak-anak OKU sepanjang acara berjalan.

Esther (kiri) dan Franco (duduk di dalam kerusi berhias) bersama rakan-rakan yang turut dalam larian.

Esther (kiri) dan Franco (duduk di dalam kerusi berhias) bersama rakan-rakan yang turut dalam larian.

Sementara itu, satu lagi keluarga yang turut sama menyertai larian ialah pasangan Esther R. Ranggun, 34 dan suaminya, Freed Pinus, 33 bersama anak mereka yang berusia 11 tahun, Franco Valentine Freed.

“Franco lahir pramatang dan menghidap Cerebral Palsy Diaplegia, dan ini merupakan penyertaan larian yang kedua kami sertai selain acara lain yang turut melibatkan anak istimewa.

“Kami semua bangga dapat memenangi acara kerusi roda berhias yang kami usahakan sendiri menggunakan bambu selama dua hari dengan kos kira-kira RM50 saja.

“Pada mulanya niat kami menghias kerusi roda ini hanya suka-suka sahaja untuk menggembirakan anak, dan kami memang sering turut serta dalam acara yang melibatkan anak kami samada d sekolah atau di luar,”katanya.

Tambah Esther, mereka memang aktif menyertai pelbagai aktiviti yang boleh melibatkan anak supaya masyarakat dapat lihat dan tahu kehadiran mereka.

Apa yang penting bagi beliau apabila anak juga turut gembira dapat melakukan aktiviti luar bersama-sama dan dapat berjumpa dengan rakan-rakan.

Program Wheelchair Charity Run tersebut di anjurkan oleh JCI Oenampang dan Gen -Y Penampang dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda