
Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad/Remmy Sukup (Sarawak)
MUKAH, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), komited dalam usaha mereka membantu Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) dalam meningkatkan kemahiran klien yang produktif agar mereka dapat menjana serta meningkatkan pendapatan.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, menjelaskan setakat tahun lalu, seramai 26,334 daripada 56,000 penerima bantuan bulanan JKMNS adalah produktif.
“Peruntukkan daripada kerajaan negeri membolehkan setiap peserta mendapat bantuan Geran Pelancaran maksima berjumlah RM5000 dalam bentuk peralatan bagi memulakan perniagaan dan dibimbing selama 2 tahun dari segi pelaksanaan projek ekonomi, kemahiran teknologi, berniaga dan pemasaran,” katnyaa ketika merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Bisnes 2018 di sini kelmarin.
Kursus Asas Bisnes 2018 yang diadakan selama tiga hari itu disertai oleh seramai 32 orang peserta terdiri daripada penerima bantuan bulanan JKMNS yang datang dari sekitar Mukah, Dalat, Daro, Matu dan Belawai.
Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata kepada tiga orang usahawan mikro kebajikan yang berjaya menjana dan menambah pendapatan bersih melebihi RM 1,000 sebulan.