Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Larian Obor APMG 2018 Menembusi Daerah Batu Pahat

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto oleh Mazlin bt Basir ( Batu Pahat )

 

BATU PAHAT, 6 Ogos (MalaysiaAktif) – Larian Obor Sukan Asia Pasific Master Games (APMG) 2018 meneruskan perjalanannya dari Daerah Pontian ke Batu Pahat pada kelmarin. Sebanyak 30 orang penunggang buah motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab Bikers Batu Pahat serta 3 buah cekateng yang membawa maskot dan pembawa obor APMG 2018 berlepas dari Pekan Rengit, seterusnya ke Ibu Pejabat Polis  (IPD) Batu Pahat.

Upacara pelepasan obor di Pekan Rengit telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Kecil Rengit, Abdul Karim Bakar bersama Wakil Ketua Balai Polis Rengit, Sarjan Mahat Hassan.

YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat, Shafie Ahamad membawa obor menaiki motosikal menuju ke Balai Polis Batu Pahat

YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat, Shafie Ahamad membawa obor menaiki motosikal menuju ke Balai Polis Batu Pahat

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Shafie Ahamad sebagai  pembawa obor menyerahkan obor kepada Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Hanis Musalman Salehan kemudian diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa ketika tiba diperkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD)  Batu Pahat.

Penyelaras Kompang Tunas Baru, Mazilah Idris, 41, berkata beliau begitu gembira apabila mengetahui acara larian ini kerana beliau turut sama-sama terlibat dalam acara penyerahan dan perlepasan obor.

YDB Majlis Perbandaran Batu Pahat menaiki cekateng membawa obor

YDB Majlis Perbandaran Batu Pahat menaiki cekateng membawa obor

Rafida Buang @ Mohd Nan, 34 menyatakan acara ini merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan lebih-lebih lagi temasya empat tahun sekali ini julung kali dianjurkan di rantau Asia Pasific selepas penganjuran World Master Games 2017 di Auckland, New Zealand.

Larian ini melibatkan sejauh 3908 kilometer serta akan mengelilingi negara. Menariknya lagi, negeri Johor merupakan negeri yang ke-9 yang disinggahi serta melewati beberapa negeri yang berbaki sebelum menghentikan langkahnya di acara perasmian APMG 2018 di Pulau Pinang pada 7 Ogos nanti.

Antara tetamu - tetamu yang hadir di Larian Obor Asia Pacific Masters Games 2018 Batu Pahat

Antara tetamu – tetamu yang hadir di Larian Obor Asia Pacific Masters Games 2018 Batu Pahat

 

Esoknya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan & Kebudayaan Johor, Mohd.Khuzzan Abu Bakar membuat Pelepasan Obor di Dataran Batu Pahat dengan iringan 30 buah motosikal vespa daripada Persatuan Motosikal Vespa. Konvoi tersebut meneruskan perjalanan ke Daerah Muar.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penggaram, Gan Peck Cheng.

Tinggalkan komen anda