
Laporan : Edi Rizam Kassim / Foto : Khirul Nizam Zanil (Putrajaya)
PADANG BESAR, 7 Ogos (MalaysiaAktif) – Penjelajahan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 bawa masej penting ke seluruh negara.
Ketua Konvoi KMJG, Norkhanizan Manaf berkata, tujuan konvoi ini adalah untuk membawa mesej patriotik dan mengajak orang ramai untuk sama – sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan kebangsaaan ini. “konvoi ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu dan mula mengembara ke Kedah dan singgah di Perlis dan seterusnya ke seluruh negeri di semenanjung Malaysia” ujarnya.
Tambah beliau lagi “Kita mahu di setiap jiwa rakyat negara ini mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang, Kita ingin memupuk kesedaran ini terhadap seluruh rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan konvoi di tersebut di Arked Niaga Padang Besar.
Konvoi KMJG tiba di Padang Besar pukul 9.00 pagi tadi telah di sambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Hamdan Bahari yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man. Beliau begitu teruja dengan kehadiran konvoi dan mengucapkan terima kasih memilih Padang Besar sebagai venue pelancaran peringkat negeri, sejurus pelancaran tersebut beliau menyempurnakan pelepasan konvoi ke destinasi seterusnya SMK HOSBA, Changlun dan SMK Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang.
Sebelum itu konvoi KMJG telah pun menjelajah sejauh 227 Kilometer, singgah di 6 lokasi dan mengedarkan lebih 1500 Jalur Gemilang kepada orang ramai. Konvoi pada tahun ini melibatkan Seramai 135 orang peserta serta urus setia, akan mengembara sejauh 2,722 Kilometer dan singgah di 220 lokasi ‘Pit Stop’ sepanjang bulan Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos ini di Putrajaya.