Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Sports Johor Pemangkin Pembangunan Sukan Negeri Johor

By 7 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Sharifah Alia Syed Nasir

ISKANDAR PUTERI, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Logo Sports Johor pada hari ini memberi gambaran masa hadapan Johor dengan pelaksanaan penganjuran sukan yang lebih strategik dan dinamik disamping hala tuju pemasaran, pembangunan pendidikan dan latihan sukan yang efektif.

Peranan Sports Johor dilihat adalah sebagai fasilitator dan moderator kepada pembangunan sukan di negeri Johor yang diuruskan oleh oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).

Logo Sports Johor yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar pada hari ini.

Logo Sports Johor yang telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar pada hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn. Bhd. merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Johor 2020, On Jabbar, berkata Sports Johor bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di negeri Johor dengan menyatukan semua aktiviti dan program sukan di negeri Johor secara total di bawah satu bumbung yang ditadbir secara tersusun dan professional.

“Melalui inisiatif ini, ia dijangka mampu meningkatkan mutu penganjuran sukan di negeri Johor sekaligus mampu menaik taraf prestasi sukan di peringkat tertinggi,” ujarnya ketika ditemui wartawan selepas Majlis Pelancaran Logo Sports Johor yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Sports Johor Sdn. Bhd., Noorazam Osman dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd Gadaffie Abdul Aziz.

Menurut Noorazam Osman, melalui Pelan Pembangunan Sukan Negeri Johor 2030, segala usaha pelaksanaan akan dijadikan satu agenda pembangunan sukan yang mencakupi elemen-elemen kecemerlangan sukan yang lebih komprehensif.

“KPRJ, menerusi anak syarikat milik penuhnya, akan menyokong pelaksanaan inisiatif penganjuran sukan yang dirancang sehingga tahun 2030,” jelasnya lagi.

Selain itu, Sports Johor akan memberikan tumpuan terhadap penambahbaikan pengurusan acara sukan, merancang acara-acara sukan dengan menyediakan platform pemasaran sukan yang strategik.

Dalam perkembangan lain, negeri Johor telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 dan telah memberi tanggungjawab kepada Sports Johor Sdn. Bhd. Sebagai penggerak utama untuk menganjurkan acara tersebut.

Penganjuran Karnival Ragbi Johor 2018 (JRC2018) pada 9 hingga 12 Ogos ini juga adalah salah satu komitmen Sports Johor dalam menyokong pembangunan sukan di negeri Johor.

Tinggalkan komen anda