Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

‘Sayangi Malaysiaku’ pendorong Kayuhan Solo 211KM

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Norliza Yusof & Cornelia/ Foto oleh: Volontine (Sabah)

Kota Kinabalu, 31 Ogos( Malaysiaaktif) – Tema sambutan Hari Kebangsaan 2018
‘Sayangi Malaysiaku’ menjadi pendorong dan pencetus semangat kepada Richard Ansin Odiak menjayakan Kayuhan Solo sejauh 211 kilometer (km).

Richard Ansin Odiak, 61, berkata, usaha tersebut sebagai terjemahan kepada dirinya untuk menzahirkan rasa sayang kepada negara.

Norzawiyah (kanan) menyerahkan jalur gemilang kepada Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia Kampung Cenderakasih, Roslan Daban (kiri) sambil disaksikan oleh Richard (tengah).

Norzawiyah (kanan) menyerahkan jalur gemilang kepada Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia Kampung Cenderakasih, Roslan Daban (kiri) sambil disaksikan oleh Richard (tengah).

“Sebagai rakyat Malaysia dan juga Mantan Pegawai Penerangan yang telah berkhidmat selama 38 tahun di Jabatan Penerangan Malaysia, saya merasa terpanggil untuk melaksanakan program ini.

“Ia juga satu usaha bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat untuk menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi,”katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis ‘Sayangi Malaysiaku Solo Ride 211km Richard Ansin Odiak’ sempena Program Merdeka @Komuniti Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2018 di Perkarangan Wisma Dang Bandang, semalam.

Norzawiyah melekap tapak tangan yang diwarnakan dengan cat sebagai gimik pelancaran Program Merdeka @Komuniti Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2018.

Norzawiyah melekap tapak tangan yang diwarnakan dengan cat sebagai gimik pelancaran Program Merdeka @Komuniti Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2018.

Richard memulakan kayuhan solo berbasikal sejauh 211 km bermula pada 28 Ogos di Kudat, diteruskan ke Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan berakhir di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Richard kerana berjaya melaksanakan kayuhan solo berkenaan.

“Program kayuhan ini menjadi peransang kepada kami menzahirkan semangat patriotisme dalam diri dan diharapkan program sebegini dapat diteruskan oleh generasi muda bagi menyemarakkan semangat yang jitu dan membara untuk menyambut Hari Kebangsaan,”ujarnya.

6-01

Pada majlis sama, Norzawiyah turut menyerahkan 10 Jalur Gemilang kepada 10 Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia Bandaraya Kota Kinabalu sempena Program Merdeka @Komuniti Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2018.

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda