Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Jabatan Audit Negara Iktiraf KePKAS

By 31 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh:Connie, Idris & Asmidar/ Foto oleh: Mastim Kiriman

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Audit Negara mengiktiraf  Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS) apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan terbaik bagi 2017.

Menterinya, Christina Liew berkata, kementerian berkenaan menerima markah tertinggi iaitu 97.83 peratus berdasarkan Indeks Akauntabiliti oleh jabatan tersebut.

Christina ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 KePKAS.

Christina ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 KePKAS.

“Pengiktirafan ini sangat penting dan sikap kerjasama antara jabatan yang bekerja sebagai satu pasukan perlu diteruskan dalam mencapai visi dan misi kementerian.

“Dalam tempoh 50 tahun, usaha kementerian memelihara warisan alam semula jadi dan budaya telah berjaya dibuktikan melalui pencapaian oleh Jabatan Audit Negara agar negeri Sabah akan terus menjadi destinasi pelancongan yang unggul, terpelihara serta boleh terus menjana pendapatan ekonomi kepada penduduk dan negeri amnya,” ujarnya.

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dengan tema, ‘50 Tahun Melakar Sejarah,Creating History’ di salah sebuah hotel terkemuka di sini, petang, Khamis.

Christina (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada mantan Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Suzannah Liaw (kanan) sambil disaksikan oleh Datu Rosmadi (dua dari kiri) dan Mariam (kiri).

Christina (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada mantan Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Suzannah Liaw (kanan) sambil disaksikan oleh Datu Rosmadi (dua dari kiri) dan Mariam (kiri).

Selain itu, tiga agensi di bawah KePKAS turut menerima Anugerah Lima Bintang oleh Jabatan Audit Negara iaitu Lembaga Pelancongan Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Taman-Taman Sabah.

Pada majlis, 13 mantan Setiausaha Tetap, Ketua Jabatan dan Pengurus Besar agensi-agensi di bawah KePKAS turut diberi penghargaan atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di kementerian berkenaan.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Assafal P Alian; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Mariam Omar Matusin.

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda