
Laporan & Foto oleh Nor Adilah Abdullah ( Johor Bahru )
PASIR GUDANG, 14 Ogos (MalaysiaAktif ) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilag 2018 (KMJG18) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri di Padang Kota Lama George Town, Pulau Pinang pada 4 Ogos 2018.
Konvoi ini menjelajah Semenanjung Malaysia bermula 5 Ogos 2018 di Seberang Jaya Pulau Pinang. Sebanyak 16 kenderaan dari Jabatan Penerangan Malaysia, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan menyertai konvoi ini.
Di samping itu, terdapat 30 buah motosikal berkuasa tinggi dari ST1300 MMC mengambil bahagian dan konvoi ini telah melibatkan seramai 135 orang peserta.
Apa yang menarik peserta konvoi motosikal berkuasa tinggi ni disertai oleh Mohamad Ismail Ali yang berusia 79 tahun. Beliau ketika ditemui oleh wartawan MalaysiaAktif kelihatan segak, bertenaga dan terpancar keceriaan di wajah beliau walaupun telah menempuh 7 buah negeri dengan perjalanan sejauh 1541km dan “pit-stop” ke 27 di Politeknik Ibrahim Sultan ini.
Tambah beliau, untuk mengekalkan kecergasan dan stamina semasa mengikuti konvoi ini, beliau hanya menjaga pemakanan,minum air yang secukupnya dan membuat senaman ringan sebelum memulakan perjalanan.
Cuaca yang tidak menentu tidak mematahkan semangat peserta – peserta konvoi untuk meneruskan kembara kerana ini adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta tanah air dalam diri rakyat Malaysia.
Pergerakan konvoi ini diiringi oleh anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan para peserta sepanjang perjalanan.
Antara aktiviti – aktiviti, peserta konvoi masih semangat mengadakan aktiviti mendekati dan menyantuni rakyat sepanjang laluan dan mengedarkan jalur gemilang di tempat – tempat awam, bandar-bandar, pekan serta kampong yang dilalui oleh konvoi KMJG ini.
Antara yang hadir sama menyambut Konvoi KMJG di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang ialah Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohammed Ridha Abdul Kadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Rashidah Mustapa, Pengarah Jabatan Penerangan Johor, Zainuddin Ismail dan YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Zainor Adani.
- MRR