Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Shafie Mahu JaPen Terus Semai Sayangi Malaysia Dalam Kalangan Rakyat

By 23 September 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan oleh: Eviannie Kin/Foto: Azman, Ariff dan Shahvian(Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) terus memainkan peranan menyemai rasa cinta dan sayangi Malaysia dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, peranan jabatan tersebut penting bukan sekadar menyebar luas dasar negara, malah menyediakan pendekatan yang proaktif bagi membolehkan rakyat Malaysia mencintai negara.

TIBA...Ibrahim (dua dari kiri) mengiringi Shafie (tiga dari kiri) masuk ke dewan.

TIBA…Ibrahim (dua dari kiri) mengiringi Shafie (tiga dari kiri) masuk ke dewan.

“Banyak cabaran perlu dilalui tetapi kalau kita menghayati perkataan sayang, ia boleh menghancurkan kebencian dan melemahkan hasutan serta fitnah dalam media sosial.

“Kita harus cinta kepada negara tanpa mengira jarak dan walaupun dipisah oleh Lautan China Selatan, penting bagi kita untuk bersama-sama supaya tiada rakyat tertinggal daripada menikmati pembangunan.

Ibrahim (tengah) menerangkan sesuatu kepada Shafie ketika lawatan ke pameran JaPen.

Ibrahim (tengah) menerangkan sesuatu kepada Shafie ketika lawatan ke pameran JaPen.

“Dengan wujudnya masyarakat yang memiliki cinta kepada negara, segala hasutan, perpecahan dan perbalahan boleh kita ditangani,” jelasnya.

Tambah Shafie, peranan JaPen sama penting dengan Kementerian Kewangan dgn Kementerian Keselamatan kerana merupakan sebuah jabatan yang mampu menerangkan serta menyampaikan pelbagai maklumat kepada akar umbi.

Shafie (kanan) menurunkan tandatangan di ruang cetusan rasa sempena Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018.

Shafie (kanan) menurunkan tandatangan di ruang cetusan rasa sempena Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pengarah JaPen, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapan aluan menyatakan harapan agar pertandingan berkenaan menjadi medium untuk golongan belia meningkatkan semangat patriotik masyarakat bagi mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran negara.

CENDERAMATA...Shafie (tiga dari kiri) membelek album foto yang disampaikan oleh Ibrahim (tiga dari kanan).

CENDERAMATA…Shafie (tiga dari kiri) membelek album foto yang disampaikan oleh Ibrahim (tiga dari kanan).

“JaPen selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyedari peri pentingnya usaha berterusan menyuburkan semangat sayangi dan cintakan negara disemai dan dibaja dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Perpaduan perlu diperkukuh dan sentiasa dipertahan. Kegagalan kita membina jati diri masyarakat yang teguh akan mendedahkan negara kepada ancaman anasir luar.

“Pertandingan pidato ini menyediakan ruang kepada peserta dan penonton sama-sama menghayati serta menerapkan sifat dan sayang kepada tanah air.

“Melalui pendekatan ini, semangat cintakan negara akan lebih berkesan kerana mereka terlibat secara langsung,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Kampus Sabah, Prof. Madya Jasman Jaafar; Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Asmiah Ajmain; Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abd Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JaPen Malaysia, Roselindawati Abdul Rahman dan Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka.

 

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda