Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

50 Warga PUO Terima APC 2024, Terus Semangat Perjuangkan Pembangunan TVET

By 25 Jun 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/PUO

BANGI, 25 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 50 orang kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO) daripada pelbagai skim perkhidmatan turut diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 yang bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), di sini kelmarin.

Pengarah PUO Dr. Hajah Salmi Che Meh hadir bagi memberikan sepenuhnya sokongan kepada kakitangan PUO yang banyak bertungkus-lumus dalam menaikkan nama PUO sepanjang tahun 2024.

“Sekalung penghargaan atas sumbangan dan kerja keras yang ditunjukkan kepada semua warga PUO yang menerima anugerah sepanjang tahun 2024,” ujarnya.

Sharifah Anita Wafa merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran atas anugerah yang diberikan kepadanya.

Pegawai Perhubungan Awam PUO Sharifah Anita Wafa Syed Munir Wafa melahirkan rasa bersyukur dan berbesar hati kerana selaku pegawai kader Jabatan Penerangan yang berkhidmat di PUO, turut diberikan kesempatan untuk menerima APC bagi tahun 2024.

“Saya percaya pencapaian ini bukan hanya hasil usaha saya seorang, tetapi juga kerana adanya pasukan PUO yang hebat, rakan sekerja yang menyokong dan kepimpinan yang sentiasa memberikan kepercayaan.

Tambah Sharifah Anita Wafa, anugerah yang diperolehinya turut menjadi pembakar semangat bagi terus menyumbang dalam kelestarian pembangunan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut memandang peranan pensyarah sangat penting dalam memastikan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) sebagai pemangkin pembangunan TVET negara.

Warga PUO yang menerima APC POLYCC 2024.

“Peningkatan pensyarah sebagai pakar rujuk amat penting kerana mereka merupakan tulang belakang kebersanan penyampaian ilmu serta pembangunan kompetensi pelajar.

“Mereka juga berperanan sebagai agen perubahan sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan industry,” ujarnya ketika merasmikan Majlis APC POLYCC 2024.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail dan pengurusan tertinggi kementerian serta jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda