
Laporan oleh: Muhammad Syafiq Md Saad
KUALA NERANG, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Kesedaran terhadap keselamatan semasa menunggang atau membonceng motosikal masih di tahap rendah dan terus diabaikan terutama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Hasil pemantauan yang di laksanakan di sekitar daerah Padang Terap, kebanyakkan pelajar sekolah tidak mengenakan topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal semasa melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu lintas.
Agak menyedihkan apabila ada dalam kalangan para ibu bapa yang menghantar dan menjemput anak- anak semasa hari persekolahan juga, tidak menghiraukan aspek keselamatan kerana tidak mengenakan topi keledar.
“Pelbagai kempen dari MKJR berkaitan keselamatan jalanraya telah diadakan, namun masih kurang berkesan dan tahap kesedaran pelajar masih lemah, “ keluhan seorang guru Yusri Abdul Samad,41, yang ditemubual di sini, semalam.
Katanya lagi, usaha-usaha kesedaran tentang aspek keselamatan ini perlu ditingkatkan dan diteruskan, kerana ianya boleh mengundang padah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tambahnya lagi penglibatan PDRM, amat perlu dalam aspek pencegahan dan kerjasama ibubapa serta orang ramai dapat membantu mengurangkan peratusan kemalangan di daerah Padang Terap.