Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Amalan Keselamatan Terus Diabaikan

By 24 September 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan oleh: Muhammad Syafiq Md Saad

 

KUALA NERANG, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Kesedaran terhadap keselamatan semasa menunggang atau membonceng motosikal masih di tahap rendah dan terus diabaikan terutama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Hasil pemantauan yang di laksanakan di sekitar daerah Padang Terap, kebanyakkan pelajar sekolah tidak mengenakan topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal semasa melalui jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu lintas.

WhatsApp Image 2018-09-24 at 15.30.38

Agak menyedihkan apabila ada dalam kalangan para ibu bapa yang menghantar dan menjemput anak- anak semasa hari persekolahan juga, tidak menghiraukan aspek keselamatan kerana tidak mengenakan topi keledar.

โ€œPelbagai kempen dari MKJR berkaitan keselamatan jalanraya telah diadakan, namun masih kurang berkesan dan tahap kesedaran pelajar masih lemah, โ€œ keluhan seorang guru Yusri Abdul Samad,41, yang ditemubual di sini, semalam.

WhatsApp Image 2018-09-24 at 15.38.41

Katanya lagi, usaha-usaha kesedaran tentang aspek keselamatan ini perlu ditingkatkan dan diteruskan, kerana ianya boleh mengundang padah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tambahnya lagi penglibatan PDRM, amat perlu dalam aspek pencegahan dan kerjasama ibubapa serta orang ramai dapat membantu mengurangkan peratusan kemalangan di daerah Padang Terap.

Tinggalkan komen anda