
Laporan: Khairun Nadiah Foto: Jeffren Malaning
Kota Kinabalu, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Persiapan untuk menyambut Hari Malaysia kini berada pada tahap yang tinggi dan Sabah sudah bersedia untuk menerima kehadiran lebih 10,000 orang di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2018, Datuk Peter Anthony, sambutan pada tahun ini menerima penglibatan daripada wakil-wakil dari seluruh daerah di Sabah terutamanya dari kawasan-kawasan pedalaman.
“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat persediaan yang rapi bagi memastikan kawalan keselamatan yang baik bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini,” ujarnya ketika sidang media Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia 2018 di Horizon Hotel, Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi.
Sambutan Hari Malaysia 2018 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2018. Majlis sambutan akan bermula pada jam 7.00 malam.
-kn