
Ā Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Golongan wanita luar bandar di sini disaran lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan baik dan silaturahim sesama penduduk.
Golongan wanita yang tinggal di kampung-kampung perlu menyahut saranan kerajaan menceburi pelbagai bidang terutamanya yang dapat menambah pendapatan sampingan.
Tenaga pengajar program demonstrasi masakan, Jaimah Jasini, menyifatkan aktiviti ini amat sesuai diadakan kerana rata-rata kaum wanita di sini tidak bekerja.
“Kesempatan untuk datang beramai-ramaiĀ sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah.
“Selain dari dapat mempelajari menu-menu baharu dan teknik-teknik memasak yang betul, mereka juga dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat apabila dapat berkumpul beramai-ramai seperti ini,” katanya sempena program demontrasi masakanĀ anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan penduduk setempat.
Beliau yang juga guru KEMAS di kampung tersebut berharap lebih banyak aktiviti kemasyarakatan diadakan di sini memandangkan Kampung Cherok MerantiĀ terletak agak jauh iaitu kira-kira 48km dari Pekan Bandar Baharu, sekurang-kurangnya penduduk di sini dapat mengambil bahagianĀ dan tidak ketinggalan.
Sementara itu seorang peserta program, Mariana Awang, 32, berpendapat demontrasi masakan menu puding roti kastard yang diajar amat berguna untuk dirinya dan rakan-rakan.
“Selain daripada mendapat ilmu cara-cara memasak, saya berhasrat mahu menjadikan resepi yang dipelajari ini untuk jualan bagi menambahkan pendapatan sampingan,” ujarnya.