Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanGlobalHome

Brunei Ungguli Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa

By 29 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 29 Okt (Malaysiaaktif) –  Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kuching yang berlangsung di tebingan Kuching bermula 27 Oktober berakhir petang semalam, pasukan Brunei Darussalam A mengungguli kategori antarabangsa terbuka bagi 20 pendayung mengatasi 12 negera lain dengan catatan masa 1.08 minit 31 saat, diikuti pasukan Brunei Darussalam B  dan Pasukan Landas Sarawak Malaysia di tempat kedua dan ketiga.

Manakala bagi Ketogori Antarabangsa Campuran 12 pendayung campuran pula Johan disandang oleh United Paddlers Club Philippines A dengan catatan masa 1:15.97,  tempat kedua Singapore Polytechnic A dan tempat ketiga KL Barbarians Malaysia B. Semua pemenang setiap kategori membawa pulang wang Tunai, piala dan pingat.

 Haji Shahri Haji Mohd Salleh, Pasukan dari Brunei bergambar bersama pasukannya

Haji Shahri Haji Mohd Salleh, Pasukan dari Brunei bergambar bersama pasukannya

Menurut Pengurus Acara perlumbaan tersebut , Girlia Tan Perlumbaan Perahu Naga kali ini menerima penyertaan daripada 36 pasukan dan melibatkan seramai 1000 peserta atau pekayuh termasuk pengurus pasukan, jelasnya.

“edisi kali ini juga merupakan penyertaan paling ramai bagi kategori Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Terbuka dan uniknya kali ini terdapat satu pasukan dinamakan Shanghaied Dragon telah diwakili peserta daripada 13 negara berbeza ,”katanya.

Menurut Urusetia Perlumbaan Perahu Naga, Rickson Jauk berkata, pada tahun ini segala urusan dan pengendalian pertandingan berjalan dengan lancar dan terurus dan semua peserta yang mengambil bahagian juga memberi kerjasama dengan mematuhi syarat-syarat pertandingan. “pada tahun ini kita juga telah menerima dua orang sukarelawan daripada Iran untuk membantu dalam aspek teknikal” ujarnya.

Perlumbaan yang sedang berlangsung di tebingan Kuching

Perlumbaan yang sedang berlangsung di tebingan Kuching

Salah seorang wakil daripada pasukan Brunei Darussalam Haji Shahri Haji Mohd Salleh berkata, “perlumbaan kali ini sangat teratur dan sangat berdisiplin, sungai Sarawak agak luas dan besar maka sangat sesuai untuk perlumbaan seperti ini malah senang bagi penonton datang untuk menyaksikanya”

Beliau juga berkata, penganjuran kali ini sangat berjaya.  “saya sangat berpuas hati atas pengurusan dan pengendalian perlumbaan kali ini walaupun ada sedikit ketidak puasan hati dari segelintir pasukan namun ia dapat di selesai dengan baik” dan “Jika kami dari Brunei dijemput pada tahun akan datang kami sudah pasti pasukan yang pertama mendaftar kerana apa yang saya alami tahun ini semuanya teratur, tersusun dan berjalan dengan lancar dan memang adat perlumbaan memang ada yang kalah dan ada yang menang, itu semua kita perlu akur dan terima hakikatnya”, jelas beliau

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kuching tahun ini telah berjaya menaraik penyertaan daripada 12 negara antaranya, Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Taipei (Taiwan), Filipina, Singapura, Makau, Indonesia selain Malaysia (Sarawak), Semenanjung dan Sabah.

-ER

Tinggalkan komen anda