Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Latih Amal Amaran Tsunami Dilaksanakan Lebih Kerap

By 24 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Marusin Minuddin(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 24 Okt (Malaysiaaktif)- Latih amal amaran tsunami akan dilaksanakan secara kerap di seluruh negara dari semasa ke semasa.
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTEC), Yeo Bee Yin berkata, latih amal tersebut dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang bencana berkenaan.

“Kita perlu mengadakan latihan berkala supaya rakyat tahu bahawa siren itu adalah siren amaran tsunami dan kedua, apakah tindakan yang perlu diambil selepas kita mendengar siren berkenaan.

“MESTEC melalui Jabatan Meteorologi juga akan mewujudkan sistem pesanan ringkas (SMS) sebagai amaran awal yang dihantar ke telefon bimbit mereka yang berada di lokasi berkenaan menggunakan teknologi satelit.

“Itu ialah beberapa rancangan yang sedang kita kaji untuk amaran tsunami dan saya juga mencadangkan agar Jabatan Meteorologi dapat memperluaskan lagi kegunaan sms alert supaya rakyat yang berada di lokasi berkenaan boleh mendapat maklumat secara terus,” katanya selepas mengadakan taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd  Shafie Apdal.

Tambah Yeo, sehingga kini sebanyak 56 Stesen Siren Tsunami telah dipasang di kawasan-kawasan berisiko tinggi di seluruh negara.

Di Sabah sebanyak 16 rangkaian Stesen Siren Tsunami telah dipasang iaitu dua di Batu Keramat, Lahad Datu, Tinosa dan satu di Pulau Bum Bum, Semporna, Kunak, Tambisan, Pulau Bangi, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Putatan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Sabah memaklumkan satu latih amal tsunami akan diadakan di Tawau pada awal November nanti.

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda