
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 31 Dis (Malaysiaaktif) â Kerajaan Negeri Selangor melalui portfolio generasi muda dan sukan sedang berusaha menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan khususnya melibatkan aktiviti sukan untuk belia.
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairudin Othman berkata, perkara tersebut akan difokuskan untuk memberi peluang belia mengadakan program-program yang diminati.
âFokus di peringkat belia adalah untuk menaik taraf kemudahan sukan belia. Kita nak belia bersukan tapi kita tidak beri kemudahan. Kita akan beri tumpuan.
âSaya telah minta Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) membuat kajian supaya rakyat terus terlibat dalam program sukan,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival Belia Ekstrem Antarabangsa Selangor 2018 (#SIYEF2018) di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, semalam.
âProgram SIYEF akan diadakan secara tahunan di daerah-daerah yang mempunyai kemudahan seperti yang terdapat di Gua Damai ini.
âKita akan melihat tempat-tempat yang berpotensi termasuk yang mempunyai litar motosikal dan kereta. MSNS akan mengkaji tempat-tempat tersebut,â jelasnya.

Khairudin (empat dari kanan) bergambar bersama peserta ketika meninjau trek Basikal.BMX di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, semalam.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Khairudin memaklumkan beberapa fokus utama setelah dilantik sebagai EXCO adalah meningkatkan kemudahan sukan di daerah-daerah, memperkasa pasukan bola sepak Selangor (Red Giant), golongan belia dan program sukan massa.
âSaya ingin ingin melihat program seumpama ini dilaksanakan bukan sahaja di peringkat daerah, malah ianya dianjurkan secara kecil-kecilan di peringkat kampung.
âProgram seumpama ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Selangor secara lebih meluas dan tidak terhad kepada acara ini sahaja, tetapi turut melingkupi industri pelancongan, peniaga kecil dan lain-lain,â katanya.
#SIYEF2018 menampilkan pelbagai aktiviti sukan ekstrem menarik misalnya âflying foxâ, ârock climbingâ, âabseiling, âpaintballâ, âtree climbingâ, âjumaringâ dan pertandingan basikal BMX, di samping acara lain seperti bual bicara, âe-sportâ dan persembahan busker.
Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan; Timbalan Setiausaha Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Azhar Samsuri dan Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor , Mohd Nizam Marjugi.
-NAZ