Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Kemudahan Sukan Akan Dinaik Taraf, Beri Peluang Belia Bersukan

By 31 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 31 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Selangor melalui portfolio generasi muda dan sukan sedang berusaha menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan khususnya melibatkan aktiviti sukan untuk belia.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairudin Othman berkata, perkara tersebut akan difokuskan untuk memberi peluang belia mengadakan program-program yang diminati.

“Fokus di peringkat belia adalah untuk menaik taraf kemudahan sukan belia. Kita nak belia bersukan tapi kita tidak beri kemudahan. Kita akan beri tumpuan.

Aktiviti lasak yang diadakan untuk kanak-kanak sempena #SIYEF2018

Aktiviti lasak yang diadakan untuk kanak-kanak sempena #SIYEF2018

“Saya telah minta Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) membuat kajian supaya rakyat terus terlibat dalam program sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Festival Belia Ekstrem Antarabangsa Selangor 2018 (#SIYEF2018) di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, semalam.

Pertandingan Cabaran BMX turut diadakan sempena #SIYEF2018.

Pertandingan Cabaran BMX turut diadakan sempena #SIYEF2018.

“Program SIYEF akan diadakan secara tahunan di daerah-daerah yang mempunyai kemudahan seperti yang terdapat di Gua Damai ini.

“Kita akan melihat tempat-tempat yang berpotensi termasuk yang mempunyai litar motosikal dan kereta. MSNS akan mengkaji tempat-tempat tersebut,” jelasnya.

Khairudin (empat dari kanan) bergambar bersama peserta ketika meninjau trek Basikal.BMX di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, semalam.

Khairudin (empat dari kanan) bergambar bersama peserta ketika meninjau trek Basikal.BMX di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, semalam.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, Khairudin memaklumkan beberapa fokus utama setelah dilantik sebagai EXCO adalah meningkatkan kemudahan sukan di daerah-daerah, memperkasa pasukan bola sepak Selangor (Red Giant), golongan belia dan program sukan massa.

“Saya ingin ingin melihat program seumpama ini dilaksanakan bukan sahaja di peringkat daerah, malah ianya dianjurkan secara kecil-kecilan di peringkat kampung.

“Program seumpama ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Selangor secara lebih meluas dan tidak terhad kepada acara ini sahaja, tetapi turut melingkupi industri pelancongan, peniaga kecil dan lain-lain,” katanya.

#SIYEF2018 menampilkan pelbagai aktiviti sukan ekstrem menarik misalnya ‘flying fox’, ‘rock climbing’, ‘abseiling, ‘paintball’, ‘tree climbing’, ‘jumaring’ dan pertandingan basikal BMX, di samping acara lain seperti bual bicara, ‘e-sport’ dan persembahan busker.

Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan; Timbalan Setiausaha Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Azhar Samsuri dan Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor , Mohd Nizam Marjugi.

-NAZ

Tinggalkan komen anda