Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Kerjasama Penjawat Awam dan Pemimpin Politik Jamin Kesejahteraan Rakyat

By 28 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto : Nurazreen Abd Rahman /Hj Mohd Zanizal Zamani (Seberang Perai Utara)

GEORGE TOWN, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pimpinan politik dan penjawat awam hendaklah menjalinkan kerjasama dan persefahaman dalam semangat saling menghormati, saling menasihati, saling mempercayai sebagai satu budaya kerja dalam mentadbir sebuah kerajaan.

“Penjawat awam berperanan sebagai penstabil yang profesional lagi neutral dalam menghadapi tafsiran politik yang berbeza, supaya nasihat dan ulasan yang disuarakan bersifat rasional lagi objektif demi melindungi kepentingan jangka panjang negara dan rakyat,” baginda bertitah demikian ketika Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Hotel Equatorial Pulau Pinang malam tadi.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Turut hadir ke majlis tersebut ialah TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff serta Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ IR  Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sultan Nazrin turut mengingatkan tentang tanggungjawab utama sesebuah kerajaan adalah bagi memakmurkan negara dan menyejahterakan kehidupan rakyat. Kejayaan sesebuah negara adalah berasaskan kepada sikap dan budaya kerja para anggota dan penjawat awam yang berkomitmen, kesungguhan serta ikhlas dalam menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Ia juga selaras dengan ucapan Perdana Menteri Kedua, Tun Abd Razak dalam ucapan beliau yang bertemakan “Road To Nationhood” yang memerlukan pentadbir dan teknokrat berpegang kepada prinsip kejujuran, tegas lagi berani menyuarakan yang hak.

Sultan Nazrin juga mendoakan semoga semua penjawat awam tidak mudah goyah ketika menghadapi ujian baik dalam bentuk tekanan mahupun dalam bentuk sogokan. Baginda juga mengharapkan penjawat awam mempunyai prinsip, memiliki semangat jitu dan tidak akan menyalahgunakan jawatan dan kuasa dalam apa jua tindakan mereka.

eberangkatan tiba DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang

eberangkatan tiba DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Lawatan keberangkatan rasmi selama dua hari DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim ke negeri ini juga berkenan untuk mengurniakan watikah kepada 10 anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta 24 hakim dan pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang, hari ini.

-ER

Tinggalkan komen anda