Skip to main content
Home

Mangsa Tanah Runtuh Terima Bantuan

By 3 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/ foto: Hatta Johari (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Hujan lebat baru-baru ini telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Kampung Sungai Jernih, Masjid Tanah.

Kediaman Halimah yang rosak teruk akibat tanah runtuh.

Kediaman Halimah yang rosak teruk akibat tanah runtuh.

Menurut salah seorang mangsa kejadian, Halimah Mohd Yusof, “kejadian tanah runtuh yang berlaku telah mengakibatkan kerosakan pada sebahagian besar dinding rumah dan air lumpur juga telah menyebabkan kerosakan sebahagian besar peralatan serta barangan di rumah.”

Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Ridzuan Mohamad Ripin, “sumbangan kami terima adalah sumbangan dari Tabung Bencana Negeri Melaka untuk disalurkan kepada mangsa bencana di sekitar Negeri Melaka bagi meringankan beban kami serta membaik pulih rumah dan barangan yang musnah.”

“Pegawai Daerah Alor Gajah, Shamsul Ambia Abdul Aziz,  turut meluluskan sumbangan wang tunai RM 1,500 dan telah disampaikan kepada mangsa,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Datuk Ruslin Hasan.

 

-KN

Tinggalkan komen anda