Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Perhimpunan ICERD: Jangan Tanam Kebencian, Ketakutan – Khalid

By 3 Disember 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan itu meneruskan penganjuran, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD.

“Tapi oleh kerana mereka ingin nak berhimpun juga, mungkin kerana t-shirt dah cetak, hotel dah tempah, duit dah keluar dan sebagainya…Kalau mereka nak juga berhimpun, lalu kita akui lah hak mereka.

“Yang nak datang, dipersilakan…belanja di Kuala Lumpur (KL), beli-belah dan sebagainya. Sumbang untuk ekonomi warga KL, amat dialu-alukan, tetapi janganlah timbulkan masalah. Kita harus menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan rakyat, bukannya melaga-laga antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan imej ‘Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge’ di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan negara ini. – BERNAMA / foto: thesundaily

Tinggalkan komen anda