
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)
KUCHING, 22 JAN (Malaysiaaktif) – Taklimat Harta Intelek yang disampaikan oleh Encik Vincent Lejau, Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Cawangan Sarawak (MyIPO) Â amat berharga sekali kepada ahli-ahli Persatuan Melanau Kuching (PMK). Ia juga merupakan aktiviti pertama dalam Takwin Program PMK Tahun 2019.
Taklimat ini merupakan usaha PMK dan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) untuk mengotakan sebahagian daripada resolusi yang dibawa semasa Simposium Budaya Melanau Ke VII pada 31 Okt 2018 hingga 1 Nov 2018, bertempat di Kingwood Resort Mukah.\
Di dalam ucapan aluan YB Encik Yussibnosh Balo selaku Presiden Persatuan Melanau Kuching menyatakan âadalah amat penting kita mendaftarkan perkara yang berkaitan dengan kaum Melanau agar tidak diambil dan didaftar secara sewenang-wenangnya oleh kaum lain dan akhirnya kaum Melanau sebagai pemilik asal berputih mata.â
Menurut Encik Lejau, âinilah pertama kalinya sebuah pertubuhan NGO memohon taklimat daripada MyIPO dan saya mengucapkan terima kasih atas komitmen dan inisiatif persatuan untuk menganjur program seperti ini.â Malah beliau amat memuji cara Persatuan Melanau Kuching mengendalikan taklimat dan sambutan daripada peserta juga amat memuaskan.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan dan prosedur yang perlu dilakukan bagi mendaftar âhartaâ sosiobudaya Melanau seperti busana, bahasa, makanan, tarian, muzik dan puisi (yap dan sak).
Penjelasan serta jawapan yang cukup padat dan bernas amat berguna bagi merangka dan memperincikan lagi dokumen berkaitan.  Ia juga dapat memudahkan lagi tindakan khususnya mengenalpasti bahan atau perkara yang boleh didaftarkan sebagai hakmilik kaum Melanau. Kerjasama secara berpasukan juga membolehkan aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Selain daripada itu, aktiviti gotong-royong turut diadakan selepas tamat sesi taklimat dan jamuan tengahari. Jamuan yang dihidangkan juga adalah sebahagian daripada makanan tradisional kaum Melanau yang dicadangkan untuk didaftarkan nanti.
Aktiviti taklimat ini adalah sebahagian daripada perancangan tahunan Persatuan Melanau Kuching. Persatuan sentiasa proaktif dan tidak lekang dengan aktiviti-aktiviti tahunan serta sentiasa menjalankannya bagi memanfaatkan ahli.  Kebanyakan aktiviti yang dijalankan banyak melibatkan aktiviti sosiobudaya dan rekreasi. Penganjuran aktiviti begini  adalah sebahagian daripada cara untuk merapat hubungan silatulrahim dalam kalangan ahli dan pemimpin serta memberi pengetahuan baru kepada mereka.
Malah PMK juga sentiasa dijemput untuk membuat persembahan tarian terutama di majlis-majlis anjuran lain-lain pertubuhan dan kerajaan negeri. Kadangkala mereka mengadakan latihan tarian di Wisma Melanau untuk memantapkan lagi rentak tarian dengan alunan muzik.
Pada tahun ini sebanyak enam aktiviti yang meilbatkan bengkel, taklimat, rekreasi dan lawatan termasuk tiga mesyuarat tahunan dan perbincangan. Sebagai sebuah pertubuhan yang proaktif, PMK sentiasa mendorong ahli-ahlinya untuk turut serta agar mendapat manfaat dan pengalaman.