
Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Muhammad Zaini Dollah (Daerah Seberang Perai Selatan)
BATU KAWAN, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai kira-kira lebih 1,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri Karnival Institusi Pendidikan MARA di Arked Simpang Ampat, di sini, hari ini.
Karnival anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dibuka seawal 9 pagi hingga 6 petang diadakan selama dua hari bermula semalam dan berakhir pada hari ini.
Karnival Institusi Pendidikan MARA dianjurkan bagi memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan di bawah seliaan MARA.
Terdapat berbagai Intitusi Pendidikan di bawah selian mara membuka ruang pameran bagi memberi perkhidmatan kepada pengunjung yang hadir antaranya Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Profesional MARA ,Institut Kemahiran MARA dan banyak lagi.
Selain itu, pada karnival tersebut turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah dan kaunseling kerjaya, cabutan bertuah, jualan usahawan, photobooth, food truck, pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA serta pelbagai lagi.
Di samping itu juga, Skuad MobileKiosk@JapenSPS di bawah selian Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan turut bersama-sama mengedarkan bahan penerbitan dan maklumat dasar kerajaan.
EM