Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Bekam Untuk Warga Masyarakat Sihat

By 3 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/Foto: Mohd Suhaidi Bin Mat Jusoh/Saufi Ab.Ghani ( Kelantan )

PASIR MAS, 3 Apr ( Malaysiaaktif) – Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit seperti mana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Ramai yang tidak mengetahui berkenaan kelebihannya dan tidak digalakkan kepada sesetengah individu yang mungkin berisiko terhadap rawatan cara berbekam.

Antara faedah-faedah berbekam ialah membantu menghilangkan pening dan migraine, membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, selain itu ia juga membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar dan mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu, ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya dan rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasilnya.

Rawatan bekam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan

Rawatan bekam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan

Kesan sampingan bekam seperti mana kaedah perubatan lain bekam juga mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul.

Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor.

Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius. (Norida Barudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan)- kredit Institut Sukan Negara Malaysia.

Satu Program Khidmat Masyarakat Warga Sihat (KMWS) telah diadakan di Pekarangan Masjid Mahmudi, anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga Kangkong dan Jawatankuasa Masjid Mahmudi, Kampung Kangkong Pasir Mas.

Program yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari ini turut mengadakan rawatan berbekam, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi dan ceramah kesihatan.

Seorang warga emas yang turut berbekam dalam program KMWS, Che Osman Che Ibrahim 65, dari Kampung Kelar, berkata beliau tidak takut untuk berbekam walaupun sudah berumur. Setiap kali ada peluang untuk berbekam, beliau akan melakukannya demi kesihatan.

Pendapat ini turut disokong oleh seorang lagi warga emas, Sulaiman Ag. Ahmad, 82, dari Kampung Kenjong, Pasir Mas. Beliau datang ke program ini hanya mahu berbekam di samping membuat pemeriksaan kesihatan walaupun mengalami sedikit gangguan pendegaran namun beliau masih sihat.

-NAZ

Tinggalkan komen anda