Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

SMK Zainab Kota Bharu Catat Malaysia Book of Record

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/Foto: NorFadzlina Ahmad Fadzli (Kelantan)

KOTA BHARU, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Negeri Kelantan mencatat sejarah Malaysia Book of Record apabila Padang Juang, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (SMKZ) berjaya mengumpulkan seramai 2,824 peserta di dalam Pertandingan International E-Mathematics Genius Open and Largest Participation Competition.

Menurut Siti Hajar Johor, 32, pegawai dari Malaysia Book of Record (MBR) ini merupakan kali pertama pertandingan E-Mathematics secara di dalam talian (online) sebegini diadakan di Kelantan.

“Pihak MBR memberikan syarat sebanyak 1,500 penyertaan untuk melayakkan program ini direkodkan di dalam MBR, pihak penganjur telah dapat menyediakan sebanyak 2,824 penyertaan, dan telah melayakkan program ini untuk direkodkan di dalam MBR 2019.” Katanya.

Bagi Siti Hawa Muhamad, Pengetua SMKZ berkata program ini dapat mengukuhkan solidariti SMKZ untuk mengekalkan reputasi kecemerlangan dalam sistem pendidikan kini.

“Di harap dengan pertandingan sebegini dapat mengasah minda pelajar dan membiasakan diri dengan soalan-soalan bercorak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan menggunakan teknologi moden pada masa kini.” Tambahnya.

Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Hj Abdullah Mat.

“Jabatan Pendidikan mengharapkan semua warga pendidik dapat menggembeleng tenaga dalam mendidik pelajar ke arah pendidikan revolusi 4.0, sikap dan iltizam warga pendidik perlu lebih istiqamah dalam mendidik dan mencurah ilmu kepada anak didik.” Katanya dalam Ucaptama.

“Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) menjadi keutamaan dalam pendidikan pada alaf baru, program hari ini, sejajar dengan pendidikan alaf baru di sekolah yang menekankan konsep berpandukan kepada 4K iaitu Komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal, seperti terkandung di dalam dasar pendidikan pemikiran aras tinggi.” Tambahnya.

Program ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMKZ dengan kerjasama Kelab Matematik SMKZ.

-NAZ

Tinggalkan komen anda