
Laporan/foto: M Zakry Chan/Nur Fariza Farnoh (Melaka)
MELAKA, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 memasuki peringkat ke dua dari Senawang ke Dataran Pahlawan Melaka, yang berlangsung semalam.
Menurut Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Melaka, Razali Yassin, LTdL 2019 hari ini telah dapat dijalankn dengan lancar dan teratur, cuaca cerah membuatkan ramai rakyat Melaka keluar memberi sokongan padu, LTdL kali ini dapat dijalankn tanpa gangguan dan tiada perkara yang tidak dingini berlaku.
“LTdL 2019 juga menarik ramai pelancong dalam dan luar negara ke Melaka dan kita dapat memperkenalkan produk kesenian, tradisi dan makanan lantas mampu menambahkan ekonomi rakyat negeri Melaka,” ujar Razali.
Dalam pada itu, keputusan rasmi perlumbaan peringkat ke dua menyaksikan pelumba tempatan, Mohd Hariff Salleh daripada Terengganu Cycling Team mengungguli tempat pertama diikuti pelumba daripada pasukan Bardiani Itali, Andrea Guardini dan pelumba Jepun, Kuboki Kazushise di tempat ketiga.
Pemenang jersi pula menyaksikan pelumba Korea Selatan dari pasukan KSPO Bianchi Asian, Kim Ji Hun, mengungguli jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) manakala pelumba Australia dari pasukan Oliver’s Real Food, Angus Lyon memenangi jersi Merah (Pelumba Raja Bukit).
Pemenang bagi jersi Hijau (Pelumba Raja Pecut) dan jersi Kuning (Pelumba Juara Keseluruhan) dimenangi oleh pelumba Australia, Marcus Culey mewakili pasukan Sapura.
Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee dan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
EM