Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Revolusi Penulisan ICT

By 10 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Luhat Ajang & Robin Junang (Sarawak)

KUCHING, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Dunia penulisan kini mengalami revolusi dari segi teknik penyampaian maklumat. Ia berlaku sejajar dengan pengenalan dan penggunaan ICT (Teknologi Komunikasi Maklumat) dalam bidang penerbitan, penyiaran dan pencetakan. Anjakan pradigma ini telah memberi ruang dan peluang kepada para penulis untuk bergerak setara dengan perkembangan teknologi   khususnya melalui platform media baru.

Bagi memenuhi impian dan harapan para penulis baru, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menganjurkan Kursus Penulisan Media Sosial dan Cetak di Auditorium Kecil RTM Kuching Sarawak baru-baru ini.

Seramai 24 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak (JAPEN) dan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) hadir.  Mereka adalah gabungan daripada generasi penulis lama dan baharu mencedok ilmu dan pengalaman bagi menukil idea dalam dunia penulisan.

Para peserta tekun mendengar ceramah  daripada Zamri Mohamad

Para peserta tekun mendengar ceramah daripada Zamri Mohamad

Kursus selama tiga hari bertujuan untuk memberi input dan ilmu mengarang dalam ‘online’ dan ‘offline’ kepada para peserta, melengkapkan para peserta dengan teknik 3P: Penulisan, Penulis dan Penyiaran, mewujud persepsi serta pandangan positif pengunjung ruangan media sosial dan cetak.

Penceramah hebat dan pengalaman, Zamri Mohamad telah mencurahkan berpengalaman tentang teknik-teknik dan ilmu-ilmu penulisan moden kepada peserta.

Sebanyak tujuh modul penulisan telah dikongsikan bersama peserta iaitu Get / Keep / Grow,  Kaedah Kawakita Jiro, Penulisan Berimpak Tinggi, Hook, Fresh, Makro Ke Mikro Konten, Menguasai Jenis Akhbar & Majalah, Membangunkan Rencana Menggunakan Enam Sudut Persuasif dan Adaptasi. Beliau turut berkongsi beberapa maklumat yang amat berguna berkaitan dunia IT.

engarah Penyiaran Sarawak, Zainal Abidin Asri  Abdul Wahid bergambar bersama-sama dengan para peserta selepas majlis penutupan kursus

engarah Penyiaran Sarawak, Zainal Abidin Asri Abdul Wahid bergambar bersama-sama dengan para peserta selepas majlis penutupan kursus

Para peserta diajar mengenai teknik – teknik dan kemahiran penulisan media sosial dan rencana. Kerja secara berkumpulan juga diterapkan dalam modul kursus selama tiga hari tersebut.

Mereka juga turut diajar teknik – teknik penulisan menggunakan formula AVATAR, AIDA, konsep 5W1H dan sebagainya. Bagi sesetengah peserta modul dan teknik penulisan ini adalah sangat baharu, tidak pernah didengar mahupun dipraktikkan di dalam penulisan buletin dan majalah jabatan.

“Melalui penyertaan tersebut saya mendapat banyak ilmu-ilmu dan teknik-teknik baru dunia penulisan. Malah ia sangat memotivasikan saya,” ujar  Mulyani Nong Chee peserta dari JaPen Sarawak.

Bagi Lee Nyuk Lan, Pembantu Penerbit Kanan Bahagian Penerbitan Dasar Negara JaPen Sarawak, “saya merasa  seronok dan bertuah kerana dapat mempelajari teknik-teknik penulisan dan bagaimana hendak memulakan tulisan, sudut penulisan dan memecahkan idea bagi menambahbaikan tulisan.”

Kebanyakan peserta kursus mengakui kursus tersebut banyak memberi manfaat khasnya dalam tugasan harian serta berharap akan berpeluang mengikuti kursus – kursus berkaitan pada masa hadapan kerana proses pembelajaran tiada noktahnya.

Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak, Zainal Abidin Asri  Abdul Wahid turut hadir pada hari penutupan serta mengingatkan para peserta supaya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam tugas seharian khasnya di jabatan masing masing.

Beliau berharap kursus seperti ini memberi manfaat dan mampu mengangkat diri seseorang penulis amnya dan jabatan khasnya.

-ER

Tinggalkan komen anda