Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Dong Zong Meterai MOU dengan Kementerian Sumber Manusia

By 26 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto: Muhammad Ashraf Bin Ahmad Jarkasi

KAJANG, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dong Zong dengan Kementerian Sumber Manusia di Kolej Universiti New Era Kajang, Selangor ditandatangani dengan disaksikan menterinya M. Kulasegaran semalam.

Dalam majlis itu Kulasegaran juga berkata kesemua Institut Latihan Perindustrian (ILP) akan dibuka beroperasi untuk orang ramai sehingga jam 11 malam. Hal ini membuka ruang yang lebih kepada mereka untuk hadir ke kelas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET pada selepas waktu bekerja. Beliau juga menambah kemungkinan waktu operasi ILP juga akan dipanjangkan kepada hari minggu dan cuti umum.

“Saya percaya dengan adanya waktu operasi yang lebih panjang mampu menarik minat sekaligus memberi peluang kepada mereka yang sibuk bekerja dan dengan ini akan dapat mengisi kekurangan pekerja dalam bidang kemahiran dan teknikal walaupun memang sudah ada beberapa ILP yang sudah dilanjutkan waktu operasinya namun ianya akan diperluaskan kepada ILP yang lain dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan kemahiran katanya.”

” Dengan langkah ini saya yakin dapat meningkatkan peratusan pekerjaan dalam bidang kemahiran dan teknikal dari 28 peratus kini kepada yang disasarkan kerajaan 35 peratus pada masa akan datang. Ini juga merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan perkara ini dapat dicapai kelak tambah beliau”.

Pada majlis tersebut beliau sempat meluangkan masa melawat ke booth pameran yang disediakan oleh pelajar kolej New Era Kajang dengan pelbagai inovasi yang menarik dipamerkan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda